Sunday, November 16, 2025

“Kami Tidak Akan Membiarkan Baitulmaqdis Terlepas Ke Tangan Negara Yang Membunuh Kanak-Kanak,” – Erdogan

December 11, 2017
1 min read

PRESIDEN Turki, Recep Tayyip Erdogan, meningkat kecamannya
terhadap Israel dengan secara langsung menggelar rejim Zionis itu sebagai
negara pengganas dan pembunuh kanak-kanak.
Dalam ucapannya hari ini, Erdogan menegaskan berkata akan terus
menentang pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Amerika.
“Palestin adalah mangsa yang tidak bersalah. Israel pula
negara pengganas, ya, pengganas!

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kami tidak akan membiarkan Baitulmaqdis terlepas ke tangan
negara yang membunuh kanak-kanak,” kata Erdogan dalam ucapannya di Sivas.
Ketika ucapannya, Erdogan memegang gambar kanak-kanak
Palestin berusia 14 tahun diseret tentera Israel di Hebron, Tebing Barat.
Dalam ucapannya semalam, Erdogan menggelar Israel sebagai
negara penjajah yang menggunakan keganasan terhadap penduduk Palestin, mengebom
rakyat Palestin termasuk kanak-kanak.
Kelantangan Erdogan, antara segelintir pemimpin Islam yang
mengecam Israel menyebabkan hubungan kedua-dua negara kini tegang.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, kemudian
membalas dengan menuduh Erdogan mengebom penempatan Kurdish dan menyokong
pengganas.
Israel dan Turki mempunyai hubungan normal sejak beberapa
tahun lalu, sehingga Presiden Donald Trump secara rasmi mengiktiraf
Baitulmaqdis sebagai ibu negara Zionis.
Ia ditambah dengan keganasan Israel yang menembak mati
penduduk Palestin yang menyertai bantahan serta mengebom kawasan yang
didakwanya kemudahan tentera Hamas.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Netanyahu yang mengunjungi Presiden Perancis, Emmanuel
Macron, berkkata: “Saya tidak boleh terima syarahan moral daripada pemimpin
yang mengebom penempatan Kurdish di Turki, memenjarakan wartawan, membantu Iran
yang dikenakan sekatan dan membantu pengganas, termasuk di Gaza
“Ini bukan orang yang layak mengajar kami.”
Jurucakap Erdogan, Ibrahim Kalin, membalas dengan berkata:
“Sebelum mengecam negara dan pemimpin kami, Israel perlu menamatkan
penjajahannya di wilayah Palestin.

“Kami akan tunjukkan melaksanakan langkah itu (Baitulmaqdis
sebagai ibu negara Israel) tidak semudah diperkatakan.

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Dua Penyanyi Dangdut Maut Dalam Kemalangan Di Sulawesi Selatan

SULAWESI SELATAN, INDONESIA – Dua penyanyi dangdut wanita tempatan dilaporkan maut selepas

Belum Kering Luka Gaza, Tular Pula Penderitaan Umat Islam di Sudan

SUDAN – Belum pun reda air mata kita mengenang nasib saudara di