Connect with us

Berita Lain

Artis Berhak Bersuara Bagi Menyatakan Teguran

Foto: Instagram Fathia Latiff


HAK untuk bersuara adalah ciri penting dalam perlembagaan
demokrasi dan ia terpakai untuk semua individu tanpa mengira latar belakang
atau kerjaya.
Begitu juga golongan artis atau selebriti kerana mereka
sebahagian daripada rakyat yang mempunyai hak bersuara menyatakan teguran,
mahupun pandangan terhadap apa yang berlaku kepada negara.
Namun, baru-baru ini tindakan beberapa selebriti tanah air
yang bersuara menyatakan pendapat mengenai isu negara di media sosial
dipersoalkan, malah dijadikan isu seolah-olah mereka tidak berhak berbuat
demikian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Antara yang mendapat perhatian ialah pelakon Fathia Latiff.
Fathia berkata, apa yang disuarakan itu bukan mewakili
dirinya sebagai seorang artis, tetapi lebih kepada rakyat biasa yang turut
terkesan dengan apa yang berlaku sekarang ini.
“Saya percaya ada yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan
apa yang saya suarakan itu, dan ia adalah perkara normal kerana masing-masing
ada persepsi dan pandangan mereka sendiri terhadap sesuatu perkara.
“Saya bukan menyokong mana-mana pihak, tetapi cuba
menyampaikan mesej sebagai rakyat biasa dengan harapan ada pihak sudi
mendengarnya demi kebaikan kita semua pada masa depan.
“Sebenarnya ramai rakyat bersuara tentang perkara sama,
tetapi mungkin kerana status saya sebagai selebriti, ia jadi perhatian ramai
dan saya melihatnya dari sudut positif,” katanya.
Pengarah dan pelakon, Zahiril Adzim juga berpendapat, artis
adalah rakyat biasa dan mempunyai hak sama sebagaimana orang lain untuk
bersuara mengenai sesuatu perkara berkaitan negara, dan ia tidak harus
dijadikan isu.
“Cuma sebagai seorang artis, saya rasa kita perlu bersikap
neutral dan tidak menjurus kepada mana-mana pihak ketika mengeluarkan pendapat
terutama di medium media sosial supaya apa yang kita perkatakan itu dapat
diterima dengan hati terbuka.
“Sebenarnya tak kiralah artis atau orang biasa, kita harus
lebih bijak menyatakan pandangan dengan berlandaskan fakta, bukan hanya emosi
semata-mata, barulah senang orang nak faham.
“Apa pun, saya faham mungkin ada sesetengah pihak kurang
senang apabila artis bersuara kerana mereka jelas tentang pengaruh dimiliki
golongan artis dan rasa tidak selamat apabila masyarakat lebih mendengar suara
kami,” katanya.
Sementara itu, pengarah, pelakon dan pelawak, Sabri Yunus
turut memberi pandangannya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Rakyat ada hak untuk bersuara dan negara memerlukan suara
semua pihak untuk menyatakan pandangan mereka demi kebaikan bersama.
“Bagi saya, tidak sepatutnya semua perkara harus
dilihat dari sudut politik.
“Kita harus sedar dalam masyarakat mana-mana pun, ada
satu pihak menyokong pemerintah, satu pihak menyebelahi pembangkang dan satu
lagi pihak bersikap neutral iaitu tidak menyebelahi mana-mana,” katanya.
Menurutnya, kebanyakan seniman berada dalam golongan ketiga,
dan mereka selalunya bersuara sebagai rakyat biasa yang mengeluarkan pandangan
kepada pemerintah, bukan sebagai individu mewakili mana-mana parti politik.

“Jadi, saya harap kita boleh faham keadaan ini. Sebagai
seorang seniman, semestinya kita mahu berkarya dalam keadaan aman dan
selesa,” katanya.

Sumber: Sinar Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel