Connect with us

Berita Lain

Pulang Pingat Kerana Saya Tak Layak: Tun Mahathir


PETALING JAYA – Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr
Mahathir Mohamad memaklumkan keputusan memulangkan pingat darjah kebesaran yang
dianugerahkan Istana Selangor dibuat kerana beliau dianggap tidak layak lagi
untuk memilikinya.
Katanya, ini kerana Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin
Idris Shah mengganggap beliau berkemungkinan membakar negara dengan api
kemarahannya, maka dengan sendirinya dianggap tidak layak menyandang
pingat-pingat di raja negeri itu. 

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya fikir istana merasakan saya tak layak untuk
terima anugerah berkenaan. Kalau saya nak terima mestilah sebab saya layak tapi
sekarang saya dikatakan akan membakar seluruh negara. Jadi saya fikir saya
sudah tidak layak lagi,” katanya selepas mempengerusikan sidang media Pakatan
Harapan di Ibu Pejabat PKR hari ini.
Sebelum ini media melaporkan Mahathir dan isterinya, Tun Dr
Siti Hasmah Ali menyerahkan semula anugerah kebesaran yang diterima daripada
Sultan Selangor pada Khamis.
Sementara itu Istana Selangor menyatakan Sultan Sharafuddin
berkenan menerima pemulangan berkenaan tanpa sebarang halangan.
Setiausaha Dewan Diraja Selangor Hanafisah Jais berkata,
pewartaan pembatalan kurniaan darjah-darjah dan bintang-bintang kebesaran
berkenaan akan dilakukan mengikut prosedur dan proses yang ditetapkan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mahathir ketika diajukan soalan adakah beliau turut akan
memulangkan pingat kebesaran dari Istana Johor kerana dikritik beberapa kali
oleh Baginda sebelum ini enggan mengulas dan hanya melemparkan senyuman.

Sumber: Sinar Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel