Connect with us

Berita Lain

[VIDEO] Tun Mahathir Harap Najib Ketuai Negara-Negara Islam Bertemu Trump



PETALING JAYA – Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr
Mahathir Mohamad berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengetuai
negara-negara Islam untuk bertemu Donald Trump bagi mendesak menarik balik
keputusan Amerika Syarikat (AS) yang mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu
negara Israel.

Menurut Mahathir, Najib akan menghadiri Persidangan Khas
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul esok sekaligus memberikan
keputusan positif dalam mendesak AS.
“Saya berpendapat pimpinan kerajaan Malaysia, Najib ini
amat rapat dengan Donald Trump (Presiden AS). Oleh itu saya harap Najib yang
akan menghadiri mesyuarat OIC di Turki akan memasukkan perkara ini (untuk
berjumpa dengan Trump) dan mendapat sokongan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Oleh kerana Trump ini sahabatnya, saya yakin beliau
dapat memujuk AS menarik balik pengisytiharaan Baitulmaqdis sebagai ibu negara
Israel,” katanya pada sidang media pemimpin Pakatan Harapan di Ibu Pejabat
PKR hari ini.
Katanya, Isu Baitulmaqdis bukan hanya isu umat Islam, malah
ia adalah isu kemanusiaam sejagat.
“Kedegilan dan keangkuhan Trump mengiktiraf
Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel adalah satu pencabulan hak asasi manusia
serta melanggar undang-undang antarabangsa.
“Keputusan Trump itu jelas tidak membantu usaha damai
konflik panjang di rantau Asia Barat khususnya di Palestin sebaliknya lebih
merumitkan lagi keadaan sekaligus menyalakan api kemarahan dan reaksi bantahan
masyarakat dunia,” katanya.
Jelasnya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), OIC dan
komuniti antarabangsa tidak pernah mengiktiraf penduduk Israel di Jurusalem
Timur selepas perang 1967.
“Ia dikukuhkan lagi dengan Majlis Keselamatan PBB yang
bersidang pada 23 Disember 2016 telah meluluskan Resolusi 2334 yang menyatakan
pendudukan Israel ke atas Jurusalem Timur tidak sah,” katanya.
Mengulas lanjut, pengumuman Trump itu dilakukan demi
survival politik beliau menjelang Pilihan Raya Separuh Penggal AS.
“Ia adalah satu tindakan campur tangan ke atas negara
Arab yang melampaui batas,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Mahathir turut mengumumkan Harapan
akan menganjurkan satu perhimpunan bantahan terhadap pengisytiharaan
Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel di hadapan Kedutaan AS pada 15 Disember
ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Perhimpunan itu bercorak pelbagai agama dan bangsa
yang akan menunjukkan bantahan secara aman di hadapan kedutaan Amerika selepas
solat Jumaat nanti.
“Ini bukan soal agama dan bangsa, ini kerana masyarakat
dunia juga menentang keputusan Trump yang tidak menghiraukan pendapat
antarabangsa, Baitulmaqdis adalah kota suci bagi ketiga-tiga agama dan ini soal
hak asasi manusia,” katanya.
Ditanya adakah perhimpunan ini telah mendapat kelulusan
polis, Presiden Amanah Mohamad Sabu yang turut serta dalam sidang media
berkenaan menegaskan pihaknya akan menghubungi polis untuk mendapatkan
kebenaran tentang perkara itu.



Sumber: Sinar Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel