Saturday, November 15, 2025

Tun M & Tun Siti ‘Dating’ Tonton Star Wars

December 15, 2017
1 min read



Setiap gerak-geri, tweet dan kata-kata Pengerusi Pakatan
Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad dipantau dengan teliti oleh para peminat dan
lawannya.

Malam tadi, beliau’berdating’ dengan isterinya, Tun Siti
Hasmah Ali untuk menonton tayangan film ‘Star Wars: The Last Jedi’. Dan ia
telah menarik perhatian apabila beliau menulis tweet yang beliau “sedang
mencari inspirasi untuk melawan Dark Forces” semasa menonton siri terbaru
blockbuster itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Tweet itu disertai oleh swafoto dengan Siti Hasmah, bersama
foto-foto lain.
Dalam filem Star Wars, “Dark Forces” digambarkan
sebagai mengguna kuasa kejahatan untuk mengambil alih dan memerintah galaksi.

Apabila ditanya selepas tayangan filem itu mengenai watak
kegemarannya, pengerusi BERSATU itu menjawab: “Luke Skywalker.”
“Ia sebuah filem yang hebat,” katanya kepada
Malaysiakini, tetapi ketawa apabila ditanya lagi sama ada beliau seperti watak
kegemarannya itu.
Dalam Star Wars, Skywalker membawa watak protagonis utama
sebagai seorang Jedi master yang mengetuai Perikatan Rebel menentang Empayar
Galactic.
Dalam siri terbaru itu, yang kelima dalam siri Star Wars,
Skywalker menjadi mentor sekumpulan pelatih Jedi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mahathir, yang memimpin Umno selama 22 tahun semasa menjadi
perdana menteri, meninggalkan parti itu pada 2016 untuk membentuk BERSATU.
Beliau kini mengetuai pakatan Pakatan Harapan untuk
menentang bekas partinya itu, yang mengetuai gabungan BN.
Mahathir, dalam usia 92 tahun, adalah salah seorang
pengkritik utama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.


Sumber: Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Positif COVID-19: Tun Mahathir Dimasukkan Ke IJN

Terkini, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah disahkan positif

Kesihatan Tun Mahathir tunjuk peningkatan, berselera makan

Keadaan kesihatan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilapor telah menunjukkan