Connect with us

Berita Lain

Selepas Lebih 20 Tahun, Ini Kata M Nasir Tentang Isu ‘Siapa Mahathir?’


Dua patah kata “siapa Mahathir” yang didakwa diucapkan oleh
M Nasir pada 1996 telah menyebabkan komposer dan penyanyi terkenal itu digam
daripada radio dan televisyen kerana dianggap kurang ajar terhadap perdana
menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Lebih 20 tahun kemudian, apabila ditanyakan semula berkenaan
kontroversi itu, M Nasir tidak berminat memberikan ulasan.
“Saya tak suka bincang isu ini. Tak mendatangkan hasil,”
katanya kepada wartawan selepas program Magnum Opus 40 Tahun M Nasir Kembara ke
Solo yang diadakan di Pusat Informasi Pelancongan Malaysia (Matic) di Kuala
Lumpur hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

M Nasir sebelum itu diminta mengulas berkenaan pujian
Mahathir baru-baru ini kepada golongan artis yang membuat kenyataan yang
cenderung dilihat mengkritik kerajaan.
Mahathir yang kini berada di barisan pembangkang sebelum ini
memuji tindakan Datuk Sheila Majid yang menulis di Twitter berkenaan ekonomi
negara yang tersasar dari landasan sementara rakyat terhimpit dengan beban
hutang.

“Anak muda khususnya kena berani ke hadapan. Masa depan
terletak di tangan anda. Kalau bukan kita, siapa lagi? Terima kasih Sheila
Majid,” kata Mahathir.
Mahathir turut memuji selebriti lain termasuk Fathia Latiff
yang mengeluarkan kenyataan yang cenderung dilihat sebagai mengkritik kerajaan.
Kenyataan Ratu Jazz dan pelakon itu bagaimanapun dikecam
oleh beberapa ahli politik kerajaan dan antaranya ada yang menyifatkan agar
artis tidak masuk campur hal-hal politik.
Beberapa artis lain termasuk penyanyi Adibah Noor dan
pengacara Sarimah Ibrahim tampil menyatakan sokongan terhadap Sheila dengan
menyifatkan bahawa artis berhak bersuara kerana mereka juga rakyat Malaysia.
Pada 1996, M Nasir dikatakan tidak dapat hadir latihan
sempena Malam Puisi Utusan yang menampilkan Mahathir sebagai tetamu kehormat.
M Nasir yang baru mendapat berita kematian ayah mertuanya
dan perlu bergegas pulang ke Singapura telah diasak wartawan yang menanyakan
alasan beliau tidak hadir.
Anak seni kelahiran Singapura itu menjelaskan bahawa
menghadiri pengebumian ayah mertuanya lebih penting kepadanya berbanding acara
itu.
Kenyataan M Nasir yang didakwa mengandungi ungkapan
“siapa Mahathir” ketika itu telah digembar-gemburkan media meski
syarikat naungan beliau BMG telah menghantar surat penafian kepada Utusan
Malaysia.


Pihak M Nasir juga menulis surat kepada Kementerian
Penerangan dan Kementerian Dalam Negeri bagi menjelaskan kedudukan sebenar
berhubung dengan kontroversi itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Namun timbalan menteri penerangan ketika itu Datuk Seri
Suleiman Mohamed telah mengeluarkan larangan agar karya M Nasir tidak
dikeudarakan atau disiarkan dan akhirnya menyebabkan konsert komposer itu yang
dijadualkan di Kedah dan Selangor pada tahun berkenaan dibatalkan.
Larangan yang dikenakan ke atas M Nasir itu sering dirujuk
sebagai peristiwa yang menggambarkan tahap kebebasan bersuara artis pada era
pentadbiran Mahathir.
M Nasir hadir sebagai tetamu istimewa forum yang dianjurkan
Kelab Sahabat M Nasir dengan kerjasama Matic.
Selama lebih 2 jam, forum itu membincangkan karya M Nasir
dari album pertama kumpulan Kembara hingga album Solo pertama beliau bertajuk
‘Solo’.

Advertisement
Di akhir forum, M Nasir sempat menghiburkan hadirin dengan
lapan buah lagu, termasuk Mustika dan Rajawali Terbang Tinggi.

Sumber: Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel