Connect with us

Berita Lain

Cabaran Sukar Mahathir, PPBM Menjelang PRU14



KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad dan Parti Bersatu
Pribumi Malaysia (PPBM) kelihatan berdepan cabaran sukar untuk menjadi relevan
kepada rakyat terutama pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, berikutan
pergolakan dan krisis yang dialami parti itu sepanjang tahun ini.

Apa tidaknya, dalam tempoh setahun lebih penubuhannya PPBM
sudah pun dilanda konflik hilang kepercayaan oleh anggota terhadap kepimpinan
tertinggi dan hala tuju parti, sekali gus menyaksikan ramai antara mereka
bertindak keluar parti.
Antara yang meninggalkan parti itu termasuklah mereka yang
menjadi pengasas penubuhan PPBM iaitu bekas Naib Presidennya Datuk Hamidah
Osman, bekas Setiausaha Kerja Kamarul Azman Habibur Rahman dan bekas Ketua
Srikandi Anina Saadudin.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Kamarul Azman bertindak keluar PPBM pada April lalu selepas
mendakwa ia tiada hala tuju yang jelas dalam membela rakyat, sementara Hamidah
dan Anina meninggalkan parti itu pada September kerana dikatakan kecewa dengan
kepimpinan parti.
Beberapa lagi individu yang memegang jawatan penting pada
peringkat pusat atau negeri turut mengumumkan keluar parti itu termasuk bekas
Penolong Setiausaha Srikandi Hasnita Hishamudin pada September lalu dan lima
pemimpin Srikandi termasuk seorang Exco Srikandi Malaysia daripada tiga
bahagian di Kedah pada awal bulan ini.
Selain itu, tindakan keluar parti beramai-ramai oleh anggota
PPBM turut dilaporkan sepanjang tahun ini atas pelbagai alasan yang menjurus
kepada isu hilang keyakinan terhadap kepimpinan tertinggi, antaranya
membabitkan kira-kira 500 anggota Bahagian Rembau, Negeri Sembilan, lebih 1,000
anggota di Perak dan 200 anggota di Melaka.
Selain isu anggota keluar parti, PPBM juga seperti berada di
awang-awangan apabila berdepan kemungkinan dibatalkan pendaftaran oleh Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan Malaysia jika gagal mengadakan perhimpunan agung tahunan
dalam tempoh ditetapkan, sekali gus berdepan risiko tidak layak bertanding
dalam PRU14.
Mungkin itulah realiti yang terpaksa dihadapi Mahathir yang
sebenarnya boleh dijangka kerana penubuhan PPBM dibuat tanpa asas yang kukuh
dan berlandaskan dendam serta niat semata-mata hendak menjatuhkan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Selain kemelut yang dilanda partinya, Dr Mahathir juga
seperti mempamerkan diri sebagai seorang yang tidak relevan apabila dilihat
tidak konsisten dan gemar mengubah pendiriannya mengenai sesuatu perkara
sehinggakan digelar ‘juara u-turn’ dan ‘u-turn Mahathir’ oleh Najib.
“Saya yang memulakan pelabelan DAP sebagai parti cauvinis
Cina. Tetapi apabila saya mendekati mereka, saya mendapati mereka bukan parti
hanya untuk Cina seperti MCA,” kata Mahathir seperti dilaporkan oleh sebuah
portal berita.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Bekas perdana menteri dan presiden UMNO dari 1981 hingga
2003itu ketika eranya lantang mengkritik DAP sebagai sebuah parti yang cauvanis
dan pernah melabelkan penasihat parti itu, Lim Kit Siang, sebagai seorang yang
rasis dan pelampau perkauman.
Mahathir juga pernah mengkritik Bantuan Rakyat 1Malaysia
yang diperkenalkan kerajaan BN, namun kemudiannya membayangkan hasrat untuk
meneruskan bantuan itu sekiranya pembangkang menang pada PRU akan datang.
Pengerusi PPBM itu turut mencetuskan kontroversi lain
apabila dikatakan mengeluarkan kata-kata yang menghina masyarakat Bugis ketika
berucap pada satu perhimpunan Oktober lepas sehingga mendapat kecaman pelbagai
pihak termasuk Sultan Selangor Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah
yang menzahirkan rasa murka dan amat kecewa baginda.
Pada 13 Julai lalu, Pakatan Harapan yang menggabungkan empat
parti pembangkang DAP, PPBM, PKR dan Amanah mengumumkan struktur kepimpinan
baharunya dengan Dr Mahathir dilantik sebagai pengerusi, manakala Datuk Seri
Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum.
Keputusan mesyuarat Majlis Presiden pakatan pembangkang itu
kelihatannya seperti ada keseragaman dan kesepakatan dalam kalangan parti
komponen Pakatan Harapan, namun isu pokok iaitu calon perdana menteri masih
terus menjadi persoalan.
Walaupun Kongres Nasional Tahunan PKR pada Mei lalu sepakat
untuk menjadikan Anwar sebagai calon perdana menteri, namun pemimpin itu kini
sedang menjalani hukuman penjara kerana kesalahan meliwat dan tidak mungkin
berpeluang untuk bertanding pada PRU akan datang.
Awal bulan ini, timbul pula cadangan untuk melantik Mahathir
ke jawatan itu dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizan Wan Ismail sebagai
timbalannya yang kononnya hanya menunggu restu daripada Anwar.
Isu calon perdana menteri Pakatan Harapan turut mendapat reaksi
daripada Najib semasa menyampaikan ucapan penangguhan pada Perhimpunan Agung
UMNO 2017 pada 9 Dis lalu, menyifatkan cadangan untuk melantik semula Dr
Mahathir sebagai perdana menteri adalah tidak logik.
“Ada dengar juga ada orang umur 93 tahun berminat nak
menjadi Perdana Menteri semula. Yang senja meniti malam, (bekas Presiden)
Zimbabwe (Robert Mugabe) pun sudah tidak ada. Sebelah sana (pembangkang) sudah
tidak menentu,” kata Najib.
Terbaru, dalam satu sidang media pada 12 Dis lalu, Dr
Mahathir berkata Pakatan Harapan belum membuat sebarang keputusan berhubung
calon perdana menteri dan menyatakan kesediaannya untuk dicalonkan jika
gabungan pembangkang tidak mempunyai calon lain. – BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel