Connect with us

Berita Lain

Masa Dr Mahathir, Kit Siang Sudah Berlalu


KUALA LUMPUR:
Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang sudah tidak lagi relevan untuk
memimpin Malaysia menghadapi cabaran masa depan.
Pandangan itu
disuarakan sayap Pemuda parti komponen Barisan Nasional (BN) bagi mengulas
gesaan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak, supaya rakyat menolak pemimpin
lapuk yang hanya mampu membawa idea lampau.
Ketua Pemuda
MIC, C Sivarraajh, berkata era kegemilangan Mahathir, 92, dan Kit Siang, 76,
sudah lama berlalu dan mereka seharusnya menyerahkan tampuk kepemimpinan kepada
individu lebih muda dan sesuai dengan perubahan zaman.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya, ia
terbukti dengan melihat pada visi pembangkang yang tidak langsung memiliki
agenda untuk orang muda, berbanding BN yang melakukan pelbagai inisiatif,
khususnya Transformasi Nasional 2050 (TN50) bagi mendepani cabaran masa depan.
“Jika
mahu golongan muda hadapi cabaran masa depan, kita perlukan pemimpin muda atau
berjiwa muda, yang faham keperluan golongan muda supaya pembangunan negara
boleh bergerak ke tahap lebih tinggi.
“Kita
hargai apa yang Dr Mahathir lakukan lebih 20 tahun, tetapi dia tak perlu lagi
menjadi Perdana Menteri. Jagalah rasa hormat rakyat Malaysia padanya sebagai
negarawan.
“Kit
Siang pula memang sudah tidak relevan dan sekadar boleh bermimpi untuk jadi
Perdana Menteri.
“Pakatan
Harapan hanya sibuk berpolitik dan membangkitkan rasa benci serta semangat
perkauman dan tidak memiliki sebarang agenda untuk golongan muda,” katanya
ketika dihubungi BH, hari ini.
Ketua Pemuda
GERAKAN, Tan Keng Liang, berkata Malaysia akan ketinggalan zaman jika masih
menagih khidmat pemimpin lapuk untuk mentadbir negara.
Malah,
katanya, hasil kaji selidik Pemuda GERAKAN mendapati kebanyakan golongan muda
terkejut dengan tindakan pembangkang menamakan Dr Mahathir sebagai calon
Perdana Menteri.
“Kita
tidak pernah dan tidak perlu ada Perdana Menteri yang berusia lebih daripada 90
tahun, malah saya rasa mana-mana negara pun tidak ada pemimpin sebegitu.
“Kita
perlukan pemimpin untuk masa depan, bukan pemimpin masa silam. Pembangkang
ketandusan pemimpin dan terdesak apabila memilih Dr Mahathir sedangkan selama
ini mereka mahu menjatuhkannya. Ini sangat aneh.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Adakah
kita mahu individu yang menjadi Perdana Menteri pada 1981, menjawat semula
jawatan itu pada 2020? Inikah visi Wawasan 2020 yang dijanjikan Dr
Mahathir,” katanya.
Presiden
Parti Progresif Penduduk (MyPPP), Tan Sri M Kayveas, berkata pemimpin lapuk
yang tidak lagi berniat untuk berkhidmat perlu memberi laluan kepada pemimpin
yang lebih muda serta bekerja keras.

Advertisement
“Kit
Siang dan Dr Mahathir adalah perkongsian yang tidak ada perjuangan dan hanya
mahu merampas kuasa daripada orang Melayu dan Bumiputera,” katanya.

Sumber: BH Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel