Connect with us

Berita Lain

‘Melayu Mudah Lupa, Tun Mahathir Kata Diri Sendiri’


KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak
mengingatkan seluruh warga Umno supaya tidak sesekali menjadi Melayu yang mudah
lupa.
“Tidak menjadi seperti Mahathir (bekas Presiden Umno,
Tun Dr Mahathir Mohamad). Dulu, di pentas ini, beliau mengingatkan kita bahawa,
Melayu Mudah Lupa.

“Namun pada kita, ‘this man has crossed the line’,
apabila tergamak bersubahat dan bersekutu, dengan ‘musuh politik’ dan ‘musuh
prinsip’ beliau selama puluhan tahun yang lalu. Hanya untuk memenuhi tembolok
agenda kepentingan peribadi dan keluarga semata-mata.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Melayu mudah lupa itu merujuk kepada dirinya sendiri,
kerana orang-orang yang tetap berpegang kepada roh dan falsafah perjuangan
parti seperti kita semua, Insya-ALLAH tidak sesekali menjadi Melayu yang mudah lupa,”
katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden di Perhimpunan Agung Umno
2017, di sini hari ini.

Beliau berkata, Umno parti paling berani dan demokratik dan
tujuh pindaan perlembagaan dibuat pada Perhimpunan Agung Khas Umno pada 2009,
bagi membuka ruang pemilihan teraju parti, dilaksanakan secara terbuka kepada
lebih 150,000  ahli demi mempastikan Umno
terus dinamik, inklusif, dan relevan sampai bila-bila.
“Berbanding DAP, yang sejak 50 tahun lalu, yang hanya
dikuasai penasihat dan dinasti anak-beranak. Jadi, di mana ‘demokrasi’ yang
dimomok-momokkan? Ternyata sekadar pada nama sahaja. Dalam pemilihan semula CEC
DAP, hanya 54 peratus saja yang hadir.
“Ini tak masuk lagi cerita ‘parti Bunga Raya’ atau
istilah dulu-dulu, kembang sepatu, yang diterajui bekas pucuk pimpinan Umno dan
seorang bekas negarawan.
“Mudah kata, kalau nak menguruskan hal ehwal mesyuarat
pun gagal, lagu mana nak uruskan negara? Cuma, bila sampai pilihan raya nanti,
kalau masih belum selesai lagi hal mereka, perlembangan yang dibuat oleh mereka
sendiri, janganlah nak tuding kesalahan kepada orang lain, terutamanya
Kerajaan,” katanya yang disambut sorakan ahli Umno yang memenuhi Dewan
Merdeka.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Najib berkata, pembangkang ingin berjuang untuk orang-orang
Melayu dan Islam, tetapi berpakat dan sedang dijadikan ‘perkakas’ oleh DAP yang
terang-terang anti Melayu dan Islam.
“Seperti yang tercatat dalam perlembagaan DAP, langsung
tidak menyebut, Islam sebagai Agama Persekutuan, bahkan matlamat mereka mahu
menjadikan negara ini sekular sepenuhnya.
“Parti bunga raya ini, bukan nak mengata, maaf
cakaplah, kita tidak nampak di mana nilai yang cuba dibawanya,” katanya.

Sumber: Sinar Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel