Connect with us

Berita Lain

‘Saya Dilarang Bercakap Agama, Tetapi Saya Ada Hak Untuk Bertanya’ – Tun M

Foto: NST

Saya dipesan, bahkan dilarang oleh kawan dan musuh supaya
tidak berkata apa-apa berkenaan agama Islam, agama saya.
Mereka berkata bahawa saya tidak berpelajaran agama dan
tidak faham bahasa Arab. Dan saya tidak ternampak sebagai seorang ulama iaitu
saya tidak berserban dan berjubah dan tidak pula berkasut selipar.
Saya dinasihat supaya dengar sahajalah ajaran dan syarahan
yang disampaikan oleh orang yang layak, iaitu orang agama yang terlatih dan
berpelajaran agama walaupun setakat pondok di kampung.
Saya terima baik nasihat mereka. Saya tidak akan bercakap
atau bersyarah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Tetapi saya tidak dilarang bertanya jika ada perkara-perkara
yang saya perlu penjelasan dari orang alim dalam agama Islam. Sesungguhnya
banyaklah perkara yang mengelirukan saya berkenaan agama Islam.
Di antaranya ialah berkenaan haram halal. Saya sejak kecil
lagi diberitahu bahawa daging babi haram dimakan oleh orang Islam.
Bolehkah saya tanya jika babi disembelih dengan menyebut
nama Tuhan, haram lagikah daging babi itu?
Susulan dari itu ingin saya tanya lagi. Duit yang dicuri
haram atau tidak? Jika haram bolehkah duit itu dihalalkan dengan menggunakannya
untuk ibadah haji atau umrah.
Jika kita tidak tahu duit itu dicuri salahkah jika duit itu
diguna untuk buat ibadat haji? Jika kita tahu bahawa duit itu dicuri, halalkah
duit itu jika diguna untuk kerja haji.
Semasa saya masih budak-budak, ada fatwa bahawa mayat tidak
boleh dimuat atas kereta bermotor. Di waktu jenazah Tunku Ibrahim, regent Kedah
dibawa dari Anak Bukit ke Makam diRaja di Langgar, jenazah dimuat di atas
sebuah kereta yang ditarik dengan dua tali oleh beberapa orang. Ini saya lihat
dengan mata kepala saya sendiri. Saya diberitahu adalah haram memuat jenazah di
atas kereta bermotor. Sebabnya ialah kerana motor adalah buatan orang kafir.
Tetapi sekarang kereta jenazah semuanya bermotor. Apakah telah jadi kepada
fatwa dahulu?


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Teringat saya kepada sebuah amanat yang mendakwa kerajaan
Malaysia kafir kerana ia mengamal sistem kafir. Sehingga sekarang pihak yang
bertanggungjawab berkenaan agama Islam tidak menolak amanat ini. Benarkah
kerajaan Malaysia ini kafir dan perlu tentangan jihad, dan kematian semasa
berjuang adalah syahid.
Ya banyak lagi dari ajaran Islam dan amalannya yang
mengeliru saya. Saya akan tanya sedikit-sedikit.
Saya harap saya tidak dinasihat supaya jangan tanya. Saya
dengar banyak tazkirah dan syarahan agama oleh “ulama”. Tetapi soal-soal yang
saya keliru ini tidak pernah disentuh melainkan oleh orang tertentu yang
mempunyai kepentingan lain dari agama Islam.
TUN DR MAHATHIR MOHAMAD adalah bekas perdana menteri yang
kini mempengerusikan gabungan pembangkang Pakatan Harapan. Artikel ini adalah pandangan peribadi beliau dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysian Update.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel