Connect with us

Berita Lain

‘Bayar Pampasan RM20 Juta Baru Saya pindah’


KUALA TERENGGANU – Kampung Tanjung, Kuala Terengganu di
sini, suatu ketika dahulu dikenali sebagai kawasan penempatan nelayan dan
sebuah kampung tradisional Melayu.
Bagaimanapun, kampung tersebut kini menjadi kawasan yang
berpotensi membangun dek kerana tempias kepesatan pembangunan fizikal berlaku
di bandaraya Kuala Terengganu.
Tanah-tanah penduduk bertukar tangan kepada pemaju untuk
dibangunkan dengan pelbagai projek, termasuk kawasan pembangunan komersial
bersesuaian dengan keadaan semasa.
Namun dalam kerancakan pembinaan terdapat sebuah rumah kayu
tradisional dua tingkat berada ditengah-tengah tapak pembinaan berkenaan
sedangkan yang lainnya telah dirobohkan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Keadaan itu menimbulkan pelbagai polemik dan tanda tanya
kepada banyak pihak, persoalan juga bermain di kepala sesiapa sahaja yang
melihatnya dan kenapa ia masih berada di situ.
Wartawan Sinar Harian, Norhafiza Musa menyingkap kisah
sebenar kenapa rumah kayu dua tingkat berciri tradisional Melayu lama itu masih
berdiri gagah dan bertahan sehingga hari ini.
Yang jelas keluarga pewaris kepada rumah tradisional Melayu
lama itu tidak mempertahankan rumah berkenaan untuk dijadikan sebagai warisan
tetapi kerana jumlah pampasan tidak setimpal.
Mewakili keluarga itu, Wan Mansor Wan Yusof, 57, berkata,
tanah dan rumah itu adalah milik arwah ayahnya, Wan Yusof  Wan Abdul Kadir dibeli dari ibu saudaranya,
Wan Mek Wan Yaacob pada 7 Julai 1977.
Menurutnya, andaian banyak pihak termasuk melalui Facebook
mengatakan keluarganya mempertahankan rumah berkenaan dari diroboh kerana mahu
mengekalkan warisan adalah tidak betul.
Sebaliknya, beliau memberitahu, pihak keluarganya tiada
masalah untuk berkerjasama kepada pihak yang membangunkan kawasan berkenaan namun
pemberian jumlah pampasan perlu lebih adil.
“Sekarang ini, saya hanya tunggu arahan daripada pihak
peguam (saya) dari Kuala Lumpur. Saya dimaklumkan, (peguam) nak datang pada 17
Januari ini untuk ke mahkamah (Kuala Terengganu).
“Jadi seterusnya, kita perlu tunggu arahan daripada
pihak mahkamah. Sekiranya pampasan dibayar sebagaimana yang dituntut oleh pihak
peguam, sebanyak RM20 juta, maka saya (keluarga) berpindah.
“Kurang atau lebih dari itu, serah kepada tangan
peguam. Tidak boleh ‘ejas-ejas’, sebab kami sudah menggunakan khidmat peguam.
Nanti saya (pula) akan kena penalti,” katanya kepada Sinar Harian.
Dalam masa sama, beliau sekeluarga juga menasihatkan nitizen
agar jangan politikkan keadaan rumah itu di facebook kerana perkara itu tiada
kaitan dengan pihak ketiga termasuk dengan kerajaan negeri.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Sebab keluarga abang saya masih tinggal di sini dan di
kampung ini cuma kami lambat menerima bayaran pampasan dari pemaju. Jika
selesai permohonan peguam di mahkamah, ia selesai.
“Saya mewakili sebagai tuan rumah dan sembilan adik beradik
tidak menolak pembangunan. Malah menyokong 100 peratus pembangunan ingin
dilakukan kerajaan termasuk di kawasan ini,” katanya.
Beliau mengakui menerima notis supaya mengosongkan tanah
termasuk notis ditampal di dinding rumah ketika ketiadaan abangnya yang masih
menetap di situ, Wan Mokhtar Wan Yusof, 60-an dan keluarganya.
“Pihak pemaju sebelum ini, ada menampal notis pada dinding
rumah dan mengarahkan supaya kosongkan tanah dan rumah dalam tempoh tiga minggu
dan bayaran pampasan ditawarkan mereka hanya RM20,000.

Advertisement
“Bagi kami (jumlah tersebut) adalah sangatlah tidak
berbaloi,” katanya yang telah menyerahkan isu tuntutan pampasan kepada peguam
yang mewakili mereka dan berharap ia dapat diselesaikan dengan lebih adil.

– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel