Connect with us

Berita Lain

Dr M: Mereka Mahu Gunakan Saya Jayakan Idea Anak Muda PH


PUTRAJAYA: Calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan Pakatan Harapan (PH) mahu menggunakan pengalaman 22 tahun mentadbir negara untuk menjayakan idea para pemimpin muda gabungan itu.

Beliau sendiri bersetuju pengalaman yang ada pada ahli politik veteran seperti beliau harus digandingkan idea para pemimpin muda untuk menghasilkan dasar dan pelaksanaan yang ideal.

“Dalam PH, kita terima apa yang boleh dilakukan dan kita perlu kahwinkan yang muda dan tua. Idea daripada orang muda cukup baik tapi untuk melaksanakannya dengan lebih ideal, kita perlukan pengalaman yang tua,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Beliau berkata demikian di program Bicara Pimpinan Anak Muda Bersama Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.

Pemilihan Dr Mahathir, 93, sebagai calon perdana menteri mencetuskan perbezaan pendapat yang serius dalam kalangan penyokong gabungan pembangkang itu, antaranya kerana faktor usia, rekod politik dan terdapatnya ahli-ahli politik muda lain yang boleh dipilih.

Sebelum ini, bekas perdana menteri dari 1981 hingga 2003 itu menjadi sasaran kritikan parti-parti dalam PH seperti PKR dan DAP, sehinggalah beliau mengambil keputusan untuk melawan Barisan Nasional dan menubuhkan PPBM.

Kehadirannya mengisi ruang yang dikosongkan oleh calon asal PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun atas kesalahan liwat.

“Saya tidak boleh tinggal lama. Paling lama, saya boleh bertahan selama 2 tahun,” kata Dr Mahathir dalam wawancara akhbar Jepun, The Mainichi hari ini.

Masalah besar menanti PH

Sementara itu, Dr Mahathir berkata PH berdepan pelbagai masalah besar selepas mengambil alih kerajaan, antaranya perlu menyelesaikan hutang yang ditanggung negara.

Beliau berpendapat kebanyakan hutang itu perlu dirunding semula bagi menstabilkan ekonomi.

“Jika ini tidak dapat dibuat dan ekonomi tak stabil, tak banyak inisiatif kita dapat laksanakan untuk anak muda,” katanya menjawab pertanyaan daripada peserta program.

Beliau turut menyantuh tentang Proton, dan berkata Malaysia gagal menjaga produk tempatan dan terlalu membuka ruang pasaran kepada barangan import.

“Dulu saya masih ingat kita tidak pernah benar kereta dari Korea masuk. Itu zaman saya dulu, zaman purba dulu,” katanya dalam nada sinis.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


“Sekarang kita buka pasaran kita kepada semua negara siapa sahaja boleh bawa kereta masuk. Sepatutnya kita pertahan kita punya produk. Apa yang terjadi ialah industri tempatan mati,” katanya.

Menyifatkan Proton sebagai “anaknya”, bekas pengerusi Proton itu antara pengkritik langkah menjual 49.9% kepentingan dalam Proton kepada syarikat China, Zhejiang Geely.

Belkau dalam blognya sebelum ini berkata Proton tidak lagi boleh dianggap sebagai syarikat pembuatan kereta nasional dan sebarang kejayaan selepas ini tidak lagi boleh dibanggakan kerana “ia bukan miliknya atau negara”.

Turut hadir sebagai panelis di program hari ini ialah wakil Pertubuhan Kebajikan Wanita Ehsan Selangor, Anfaal Shaari dan wakil NGO Demi Malaysia, Young Syefura Othman.

– Free Malaysia Today

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel