Connect with us

Berita Lain

Nazri: Saya Kurang Ajar Sebab Mahathir Yang Ajar


Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menegaskan tindak tanduknya pada hari ini adalah hasil didikan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Oleh itu kata Nazri, sekiranya beliau hari ini dilihat bersikap kurang ajar, ia juga kerana didikan bekas mentornya itu selama lima tahun beliau menganggotai kabinet Mahathir.
“Mahathir masa dia jadi perdana menteri dan presiden Umno, dia cakap semua baik.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dulu Tun (Mahathir) pernah ajar saya apa yang saya perlu buat. Saya jadi menteri umur saya 44 tahun, lima tahun bawah dia.

“Semua dia ajar saya, termasuk kalau hari ini saya kurang ajar, dia ajar saya kurang ajar. Jadi jangan marah saya,” katanya pada program Bicara Minda dan Dialog #Perjuangan4All di Kuala Krai, Kelantan, malam tadi.



Anggota Parlimen Padang Rengas itu berkata demikian sebagai menjawab soalan mengenai perbezaan melalui zaman Dr Mahathir hingga ke zaman Datuk Seri Najib Razak, hari ini.
Nazri berkata, Mahathir yang kini pengerusi Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) sebelum ini mengajarnya untuk bekerja demi bangsa dan rakyat Malaysia.
“Saya sampai sekarang ikut apa yang dia ajar, tetapi sekarang dia buat benda-benda yang tidak betul, saya tak boleh duduk diam.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Sebab saya masih hidup dan saya masih ingat lagi, saya tak lupa apa yang dia ajar. Sebab itu saya boleh serang dia, sebab dia tahu saya tahu.
“Jadi saya nak bagitahu banyak benda yang Mahathir buat sekarang, kalau kita buat zaman dia jadi perdana menteri dia akan pancung kita,” jelasnya.
Untuk rekod sebelum ini Nazri dan Mahathir pernah diatur untuk berdebat, namun rancangan itu gagal dilangsungkan.
Ia susulan tidak mendapat kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia yang memberikan alasan keselamatan awam.



– Malaysiakini

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel