Connect with us

Berita Lain

2 Ketua Pemuda PH Dipanggil Beri Keterangan


PUTRAJAYA: Dua pemimpin Pemuda masing-masing dari DAP dan
Parti Amanah Negara (Amanah) hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) Putrajaya, hari ini berhubung penganjuran perhimpunan dan
penyerahan memorandum kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) di Kompleks
D, Presint 1, pada 21 Februari lalu.
Kedua-dua mereka, Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY)
Kebangsaan, Wong Kah Woh dan Ketua Pemuda Amanah, Sany Hamzan, tiba di IPD
Putrajaya kira-kira jam 1.30 tengah hari sebelum dilihat memasuki ibu pejabat
polis berkenaan pada jam 2.15 petang.
Selain Kah Woh dan Sany, seorang lagi yang dipanggil memberi
keterangan adalah Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed
Saddiq Syed Abdul Rahman.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bagaimanapun, Syed Saddiq tidak dapat hadir memberi
keterangan, dan akan membuat temu janji dengan pegawai penyiasat kes berkenaan
pada hari lain.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly
Hasan, ketika dihubungi berkata, ketiga-tiga mereka dipanggil memberi
keterangan berhubung perhimpunan pada 21 Februari lalu di hadapan Kompleks D.
“Kami sudah merakam keterangan Kah Woh dan Sany hari
ini berhubung siasatan kes berkenaan. Bagaimanapun, Syed Saddiq tidak hadir
hari ini,” katanya.
Dalam pada itu, Kah Woh ketika ditemui berkata, dia dan Sani
akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis bagi menyiasat kes berkenaan.
Beliau turut menyifatkan tindakan memberi keterangan itu
sebagai tidak masuk akal.
“Kami percaya tiada sebarang pelanggaran undang-undang
pada hari penyerahan memorandum berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Sani berkata, sebagai sebuah negara
demokrasi, mana-mana individu dibenarkan mengikut perlembagaan untuk berhimpun
dan menyerahkan memorandum.
“Dalam keadaan yang terlalu hampir dengan pilihan raya
ini, tindakan (memberi keterangan) ini menyusahkan dan menyukarkan kami,”
katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Pada 21 Februari lalu, empat sayap Pemuda Pakatan Harapan
(PH) menyerahkan memorandum mendesak ROS mempercepatkan kelulusan pendaftaran
PH dan siasatan terhadap PPBM.
Memorandum berkenaan diserahkan Syed Saddiq kepada Pengarah
Bahagian Pengurusan Pertubuhan ROS, Mohd Rejab Ramli.
Lebih 50 ahli Pemuda mewakili empat parti dalam PH diketuai
Syed Saddiq dan Wong berhimpun di luar perkarangan Kompleks D di Presint 1, di
sini bagi menyerahkan memorandum berkenaan.
Mereka pada mulanya berkumpul di hadapan balai pengawal
Kompleks D, kira-kira jam 2 petang sambil memegang poster memaparkan gesaan
supaya ROS lebih telus dan berintegriti serta mempercepatkan siasatan terhadap
isu berbangkit.



– BH Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel