Connect with us

Berita Lain

Elfira Patut Minta Maaf Dengan Ibu Bapa Sufian


PENGURUS Sufian Suhaimi iaitu Mahadhir Mohamad meminta
Elfira Loy agar memohon maaf terhadap ibu bapa Sufian berhubung kenyataan yang
dikeluarkan oleh ibu bapanya.
“Sepatutnya El (Elfira) memohon maaf kepada kedua ibu bapa
SS (Sufian) yang tidak memberi reaksi sepatah pun, bukan mengiyakan apa saja
yang dikatakan kedua ibu bapanya.
“Tunjukkan sifat Muslimah yang sebenar, for your future
sake,” tulisnya di laman Facebooknya (FB).
Sebelum ini, ibu Elfira iaitu Filzah Yusoff pernah memuat
naik beberapa status di laman sosial yang lebih kepada meluahkan perasaan
terbuku di hatinya mengenai individu yang bersikap tidak baik iaitu melakukan
penipuan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Bukan itu sahaja, bapa Elfira iaitu Ahmad Sabri Ariffin juga
pernah menggesa agar Sufian berhenti membuat sebarang kenyataan berhubung
kontroversi tersebut demi menjaga hati semua pihak.
Tambahan pula, katanya, Sufian juga sudah melakukan perkara
yang sama kepada pihak berkenaan.


“Lagipun dalam kenyataannya sebelum ini, SS sudah memohon
maaf dan minta dihalalkan segala makan dan minum,” tulisnya lagi.
Kata Mahadhir lagi, Sufian sudah beberapa kali menolak
mengenai soalan putus tunang, namun pihak media tetap meminta pendapatnya.
“Tiada yang cacat dalam jawapan balasnya, dan tiada isu
berbangkit untuk menyalahkan mana-mana pihak. Malah dalam jawapannya kepada
soalan media, dia sudah bersedia untuk ‘move on’.
“Tapi, mengapa ada lagi catatan negatif di pihak sana seolah
masih tak berpuas hati? Bapa Elfira patut bertanya kepada bekas isterinya
mengapa masih ada catatan negatif di media sosial sebaliknya beliau memilih
untuk berasa sensitif dengan jawapan-jawapan positif SS?
Justeru, Mahadhir menyarankan agar kedua ibu-bapa Elfira
melakukan solat sunat Istikharah berbanding terus mengaibkan artis jagaannya
itu di laman sosial.
“Jiwanya tidak tenteram. Sepatutnya dia (solat) sunat
Istikharah bukan mengaibkan pihak yang dia begitu kecewa.
“Peristiwa sudah berlalu dan keputusan pun dibuatnya sendiri.
Takut memakan diri. Kalau tak boleh move on juga, adalah something wrong kedua
duda dan janda ini,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dalam pada itu, Mahadhir turut menceritakan kembali yang
membawa kepada terjalinnya ikatan pertunangan di antara dua selebriti terbabit.
“Sejak mula apabila dihujani panggilan telefon tak
henti-henti dan mengekori SS tanpa ditemani teman dan keluarga sendiri.
“Keputusan melangsungkan pertunangan adalah tepat bagi
menghindari fitnah. Cuma jodoh mereka tidak ada. Sekian,” kongsinya lagi.
Sufian dan Elfira bertunang pada 6 Oktober lalu dan
dijadualkan melangsungkan perkahwinan pada 23 Mac ini.
Bagaimanapun, ikatan pertunangan dua bintang muda ini
terlerai apabila keluarga Elfira sepakat memulangkan cincin kepada keluarga
Sufian di Muar, Johor pada 18 Februari lalu.
Susulan itu, dua bintang popular ini terus menjadi perhatian
dan perbualan hangat peminat.



– Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel