Connect with us

Berita Lain

“Saya Kini Terpaksa Menjaganya Seperti Anak Kecil…” Sama-Sama Kita Doakan Uji Rashid Dan Cico Tabah Menghadapi Ujian


Beberapa hari yang lalu, artis veteran Uji Rashid dilaporkan
terpaksa keluar daripada rumah sewanya di Ampang, Kuala Lumpur dan seterusnya
memohon rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR). Berita itu telah dikongsikan
sendiri oleh Menteria Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Tan Sri Noh Omar.
Walaubagaimanapun, seorang wakil keluarga menafikan bahawa
Uji dihalau keluar.
‘Dia menjaga Cico yang sakit sejak tahun lalu..’


Seorang individu yang menggunakan nama Rehan Ismial di
Facebook berkata bahawa Uji Rashid tidak dihalau dari kediaman yang disewanya
sekarang, sebaliknya mencari jalan serta cara untuk terus menyara keluarga.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Apa yang tersiar dan viral dalam media saya pasti amat perit
bagi dia yang selama ini tidak pernah meminta-minta bantuan
Dia menjaga Cico yang sakit sejak setahun lalu.
Dia seorang yang menyara keluar dia (anak dan cucu).
Walaubagaimanapun, kami turut membantu mana yang perlu.
Rehan juga memohon agar situasi yang dihadapi Uji dan
keluarganya tidak ditularkan dan dibandingkan dengan arwah Datuk Sharifah Aini.
Jangan bandingkan dia dengan arwah Sharifah Aini sebab dia
single sejak Cico bayi lagi.
Menanggung arwah ibu dia dan keperluan keluarga. Dia
sepatutnya sudah berehat senang lenang tetapi musibah yang melanda Cico adalah
dugaan yang dia harus hadapi.
Apa yang tersiar dan viral dalam media saya pasti amat perit
bagi dia yang selama ini tidak pernah meminta-minta bantuan.
Sumber:Astro Awani
Semalam, tersebar satu berita mengatakan penyanyi era
1970-an itu telah diusir dari kediaman sewanya di Ampang, Selangor sehingga
memaksanya untuk meminta bantuan tinggal di skim Projek Perumahan Rakyat (PPR).


Bagaimanapun pengurusnya, Kit Rushuhaimi memaklumkan bahawa
penyanyi veteren itu berasakan bahawa masyarakat pasti sudah memandang serong
kepada dirinya selepas berita tersebut tular.
“Dia terduduk semalam selepas membaca berita tentang itu dan
mengadu pada saya bahawa dia benar-benar malu untuk keluar berhadapan dengan
orang ramai.
“Dia kata kepada saya, biar bumi telan kak Uji daripada dia
berhadapan persepsi masyarakat terhadapnya, lagi pula dia perlu ke hospital
pada Khamis sehari selepas berita itu tersebar,” ujarnya dipetik mStar Online.


Disebabkan itu, penyanyi lagu Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu
tersebut telah menerima banyak panggilan daripada pelbagai pihak yang mahu
mengetahui kebenaran perkara yang terjadi.
“Saya kasihan dengan dia, tak sanggup nak angkat telefon
kerana ramai yang bertanya hal itu. Pada saya dia seorang wanita yang kuat
berhadapan dengan ujian.
“Sejak setahun kebelakangan ini kehidupannya agak sukar,
terpaksa menanggung keluarga seorang diri. Anaknya Cico sedang sakit dan banyak
duit habis untuk pembiayaan rawatan Cico,” tambahnya.


Sebelum ini, Ciko atau nama sebenarnya, Ezzaq Farrouq
Harahap Jamaludin telah mengalami penyakit misteri apabila dia bagaikan telah
dianiaya oleh seseorang sekitar dua tahun lalu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Malah, sebagai seorang ibu, Uji mengambil keputusan untuk
merawat anaknya sendiri berseorangan dan disebabkan itu dia perlu mengeluarkan
belanja yang banyak bagi menampung kos rawatan Cico.


“Saya terpaksa menolak tawaran kerja untuk menumpukan
perhatian pada satu-satunya zuriat saya. Kesusahan saya hanya Tuhan saja yang
tahu.
“Tidak sampai hati meninggalkan anak yang menderita sakit.
Saya masih berulang alik ke hospital menemani Cico menjalani pelbagai terapi
dan rawatan setiap hari.
“Cico semakin sihat tetapi dia masih tidak boleh bercakap,
menulis mahupun membaca. Saya terpaksa menjaganya seperti anak kecil,” ujarnya
dipetik pula dari BH Online.
Sumber:BH Online. via hikayatdunia.net

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel