Connect with us

Berita Lain

Ceroboh Rumah Salman Khan Menyamar Jadi Isteri


HAMPIR tiga dekad ‘mencanai’ bakat dalam dunia seni lakonan, aktor veteran tersohor Bollywood, Salman Khan memang berjaya mencuri hati jutaan peminat tegarnya di seluruh dunia.

Bagaimanapun, ada antara peminat yang terlalu ta’asub dengan pelakon berusia 52 tahun tersebut sehingga sanggup pula menceroboh ruang privasi aktor dengan nama sebenarnya iaitu Abdul Rashid Salim Salman Khan itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurut laporan media di India yang memetik sumber keselamatan, baru-baru ini seorang peminat wanita fanatik Salman berjaya memecah masuk kediaman artis itu di Galaxy Apartment, Bandra, Mumbai, Maharashtra.
“Wanita berkenaan dikesan memasuki pangsapuri Salman itu dengan memberikan butiran peribadi di pondok pengawal. Dia juga berjaya berada di depan rumah Salman sehingga alat penggera kediaman itu berbunyi.
“Ketika pihak berkuasa cuba menghalaunya dari premis itu, dia mengatakan Salman konon ialah suaminya. Mujur Salman tidak berada di rumah kerana terikat dengan penggambaran filem Race 3 di Abu Dhabi, UAE,” katanya.
Untuk rekod, Salman langsung tidak pernah berkahwin meskipun pernah digosipkan hangat bercinta dengan ramai selebriti Bollywood terkenal antaranya Aishwarya Rai, Katrina Kaif, Sangeeta Bijlani dan terbaharu pula, Somy Ali.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Salman pada masa sama, turut memiliki sebidang tanah seluas 150 ekar di Panvel, terletak 37 kilometer dari pusat bandar raya Mumbai yang mengandungi tiga buah banglo, sebuah kolam renang dan sebuah gimnasium kecergasan.
Mula berlakon pada 1988 lalu menerusi filem Biwi Ho To Aisi, anak sulung penulis skrip legenda, Salim Khan itu merupakan aktor kedua paling tinggi bayarannya di India selepas Shah Rukh Khan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel