Connect with us

Berita Lain

Perbicaraan Kes Rasuah Guan Eng, Penyokong Berkumpul Di Luar Mahkamah


GEORGETOWN: Ketua Menteri, Lim Guan Eng, dan ahli
perniagaan, Phang Li Koon, memasuki Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini, pada
jam 8.50 pagi tadi bagi memulakan perbicaraan kes rasuah mereka.
Terdahulu, lebih 10 penyokong DAP dilihat berkumpul di
pekarangan mahkamah pada hari pertama perbicaraan itu.
Mereka mula berkumpul secara aman seawal jam 7.45 pagi dan
membawa kain rentang, selain turut memakai baju bertulis ‘Solidariti Bersama
Guan Eng’.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Keadaan lalu lintas berhampiran Mahkamah Tinggi juga
perlahan dan dikawal sepenuhnya oleh pasukan polis trafik.
Polis turut menutup pintu pagar utama dan tidak membenarkan
orang awam memasuki kawasan mahkamah, kecuali wakil media dan ahli keluarga
terdekat Guan Eng dan Li Koon.
Difahamkan, pihak pendakwaan akan mengemukakan pertuduhan
baharu terhadap kedua-dua tertuduh hari ini, susulan beberapa pindaan kecil
dalam kertas pertuduhan.
Pada 30 Jun 2016, Guan Eng mengaku tidak bersalah terhadap
dua pertuduhan rasuah membabitkan penukaran status tanah daripada zon pertanian
kepada zon perumahan dan pembelian lot tanah serta sebuah banglo di Jalan
Pinhorn di sini, di bawah nilai pasaran.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Bagi dua pertuduhan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 23,
Akta SPRM 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Li Koon pula didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan,
yang dibacakan bersama Seksyen 165 kanun sama kerana bersubahat dengan Guan Eng
berhubung pembelian banglo itu.
– BH Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel