Connect with us

Berita Lain

Aku Yang Sebenar Satukan OKU Mangsa Buli Bersama Hazama

Hazama (kiri) memeluk Akmal remaja OKU yang pernah menjadi mangsa buli. Foto Facebook Long Arel Laduni




PETALING JAYA: Sudahlah dibuli, wang, telefon bimbit dan beg sandang milik seorang remaja orang kurang upaya (OKU) dicuri pula.


Nasib malang yang menimpanya menjadi perhatian apabila video yang merakamkan kejadian di sebuah taman permainan kanak-kanak di Kluang, Johor, tular di media sosial, baru-baru ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Bergelar insan istimewa, mangsa yang lebih dikenali sebagai Akmal itu sebenarnya meminati penyanyi Hazama malah menghafal kebanyakan lagu-lagunya.


Paparan skrin video yang menunjukkan Akmal dibuli, tular di media sosial.


Hasratnya dipermudahkan apabila penyanyi itu membuat kejutan berjumpa Akmal baru-baru ini di sebuah lokasi, dipercayai di lobi sebuah hotel.


Kemunculan Hazama sememangnya tidak dijangka Akmal sehingga beberapa kali remaja itu tersenyum lebar dan memeluk erat penyanyi berusia 34 tahun itu.


“Akhirnya Akmal bertemu juga dengan artis yang paling dia minati. Berapa banyak lagu Hazama semua dia hafal. 


“Apapun, saya mewakili pihak keluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada ‘Tamuramaro Amori Suaki’ kerana mempertemukan Akmal dengan Hazama. Hanya Allah saja yang dapat membalas. Terima kasih juga kepada Hazama dan kru-krunya kerana meluangkan masa untuk bertemu dengan Akmal,” kata seorang pengguna Facebook ‘Long Arel Laduni’ yang berkongsi beberapa video dan gambar pertemuan itu di laman sosial.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Dalam pertemuan singkat itu, remaja yang berusia 20 tahun itu turut berpeluang ‘berduet’ bersama Hazama menerusi lagu yang dinyanyikannya di pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL), bulan lalu, Aku Yang Sebenar.


Sementara itu, Hazama turut memberi nasihat kepada orang ramai terutama ibu bapa supaya memantau tindakan anak-anak bagi membanteras aktiviti buli.


“Apa yang Akmal nak cakap kepada pembuli tu? Jangan buli… (kena cakap) sorry (maaf) tau. Lepas ni tak mahu muram, kena ceria,” kata Hazama sambil memeluk Akmal, ibarat pelukan seorang abang kepada adiknya.


Advertisement

Akmal (kanan) bertuah berpeluang berjumpa dengan Hazama.


Menerusi salah satu video berdurasi kira-kira seminit itu, Hazama turut  mendedahkan dia mempunyai pengalaman berdepan dengan OKU dalam kalangan saudaranya.


Dia yang ‘pantang’ dengan nasib golongan istimewa yang dibuli memberi amaran supaya perbuatan tidak bermoral itu dihentikan.


“I am watching you! (Saya perhatikan anda!),” kata Hazama yang merujuk kepada individu-individu yang tidak berperikemanusiaan itu.


Pada 18 Mac lalu, dua remaja lelaki yang membuli Akmal didakwa di Mahkamah Majistret di Kluang di atas dua tuduhan mencederakan dan mencuri dalam kejadian pukul 4 petang pada 9 Mac lalu.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel