Connect with us

Berita Lain

Mamu Parpu Diasak Peguam Bela Guan Eng


GEORGETOWN – Seorang pengendali laman sosial Facebook
dipanggil sebagai saksi pertama perbicaraan kes Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim
Guan Eng berhubung pembelian sebuah rumah banglo bawah harga pasaran, di
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, hari ini.
Muhsin Abdul Latheef, 34, mengakui membuat laporan kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembelian rumah banglo
oleh Guan Eng di bawah harga pasaran, lapor Sinar Harian.
Menurutnya, laporan itu dibuat setelah melihat perdebatan di
Parlimen menerusi televisyen yang mendedahkan mengenai pembelian banglo itu.
“Saya faham tujuan saya diminta hadir ke mahkamah sebab buat
laporan kepada SPRM pada 18 Mac 2016.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya pergi ke Pejabat SPRM Pulau Pinang dengan ditemani
seorang kawan kira-kira jam 10.30 pagi.
“Saya lihat di televisyen mengatakan rumah itu dibeli pada
harga rendah (bawah nilai pasaran),” katanya.
Dia yang juga dikenali sebagai Mamu Parpu di laman sosial
turut mengakui mendapat informasi berhubung perkara itu melalui aplikasi
WhatsApp dan YouTube.
Mahkamah membenarkan video itu ditayangkan dalam kamar
mahkamah sebagai rujukan semua pihak.
Timbalan Pendakwaraya SPRM, Datuk Masri Mohd Daud ketika
sesi perbicaraan turut mempersoalkan apakah laporan itu dibuat atas desakan
mana-mana pihak.
Muhsin berkata, dia membuat laporan itu atas dasar sebagai
seorang rakyat Pulau Pinang.
“Saya buat laporan sebab hormat Ketua Menteri, saya tak nak
beliau terpalit dengan isu rasuah.
“Laporan itu dibuat sebab nak bersihkan nama Ketua Menteri,”
katanya.
Sementara itu, peguam mewakili Guan Eng, Gobind Singh Deo
turut mengasak beberapa soalan terhadap saksi pertama itu.
“Kamu sering adakan protes terhadap kerajaan negeri dan
Ketua Menteri, benar?
“Dalam akaun Instagram kamu ada letak paparan ‘kami geng
najib’, betulkah?
“Siapa Najib ini? Apakah kamu sokong BN,” katanya.
Menjawab persoalan itu, Muhsin menyatakan tidak setuju
dengan soalan.
“Ya, ada paparan kami geng Najib. Beliau ialah Perdana
Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak),” katanya.
Gobind turut mengasak soalan beberapa kali sama ada Mamu
Parpu adalah penyokong BN.
“Kamu sokong BN? Apa nak malu, cakap saja lah.
“Kamu dengar video, selepas itu buat laporan SPRM? Kamu buat
laporan tapi kamu tak ada dokumen.
“Kamu tahu sebenarnya tiada pembelian rumah (banglo) pada
2008? Kamu tak ada maklumat ini tapi kamu buat laporan,” katanya.
Muhsin bagaimanapun menyatakan tidak faham dengan soalan itu
dan minta diringkaskan.
“Video yang kamu lihat itu sebut pembelian rumah banglo pada
2015, tapi kamu sebut 2008.
“Jadi kamu tak tahu fakta tapi buat laporan. Dari mana kamu
dapat info mengatakan pada 2008?,” Katanya.
Saksi pertama itu sekali lagi menyatakan tidak faham dengan
soalan tersebut.
“Laporan dibuat dua tahun lalu, saya ingat,” katanya.
Gobind bagaimanapun menegaskan mahu dinyatakan dari mana
maklumat itu diterima.
“Saya tak kisah berapa tahun kamu buat laporan, tapi saya
nak tahu dari mana kamu dapat maklumat.
“Tahukah kamu buat laporan dengan makluman tidak betul? Ini
kesalahan besar, konspirasi politik jahat.
“Kamu kata percaya ada salah laku rasuah. Ini dakwaan sangat
serius. Kamu tak tahu bila beli, tapi buat laporan?
“Apa asas yang buat kamu percaya berlaku rasuah? Tak ada
asas, laporan ini adalah palsu,” katanya.
Muhsin menjelaskan dia ada terbaca dalam laman blog, tetapi
tidak ingat.
“Saya tak pasti. Tak tahu, video kurang jelas,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Jawapan itu menyebabkan Gobind sekali lagi mengasak soalan
dengan tegas.
“Sebelum ini kamu kata 2008, sekarang video itu tak jelas
pula!
“Dalam kes ini tak ada kesalahan dilakukan Guan Eng kerana
harga semasa dibeli adalah berpatutan dan lebih daripada harga pasaran.
“Kamu tahu atau tidak, saya katakan harga beli rumah itu
adalah berpatutan.
“Kamu tak tanya pakar, kamu tak tahu, tapi macam mana kamu
tak tahu ia harga berpatutan,” katanya.
Muhsin mengaku tidak tahu mengenai nilai semasa harga rumah
banglo yang dibeli Guan Eng.
“Saya baca dalam Facebook, rumah sebelah atau berdekatan
dijual pada harga lebih tinggi,” katanya.
Hakim, Datuk Hadhariah Syed Ismail kemudiannya melepaskan
saksi pertama dan diteruskan dengan tujuh orang saksi yang lain.
Difahamkan, terdapat seramai 54 orang saksi akan dipanggil
sepanjang perbicaraan kes berlangsung.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel