Connect with us

Berita Lain

Pas, NGO Islam Desak Siasat Dr. Mahathir


KUALA LUMPUR 30 Mac- Ahli-ahli Pas dan beberapa pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) Islam Selangor dan Kuala Lumpur hari ini mendesak kerajaan
supaya menyiasat Tun Dr. Mahathir Mohamad berkenaan dengan penglibatannya dalam
tragedi Memali dan kekayaan luar biasa ahli keluarganya.
Ahli Pas Ampang, Mohd. Helmi Iskandar berkata, desakan itu
dibuat setelah mereka bertemu dengan waris mangsa tragedi Memali bagi
mengetahui perkara yang sebenar.

Katanya, mereka juga tidak berpuas hati dengan sikap
beberapa bekas pemimpin Pas yang sebelum ini mengutuk Dr. Mahathir
habis-habisan tetapi kini hanya mendiamkan diri setelah berada dalam Pakatan
Harapan diketuai DAP.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mereka ini ibarat lidah biawak, lidah bercabang. Dahulu
saban malam tidak henti-henti memaki hamun kekejaman Dr. Mahathir dalam ceramah
tetapi hakikatnya mereka hanya pemimpin yang pentingkan diri dan bukannya
rakyat. Sanggup mereka berada dalam satu pakatan dengan orang yang didakwa
mencetuskan tragedi Memali.
“Kami mendesak kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Najib Tun
Razak supaya segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Memali, rakyat
nak tahu siapa pembunuh sebenar, kesianlah kepada balu-balu serta anak-anak
yang kehilangan bapa mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Himpunan Aman Desak Segerakan
RCI Memali Serta Siasat Kekayaan Terlajak Keluarga Tun Dr. Mahathir di sini,
hari ini. – UTUSAN ONLINE


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel