Connect with us

Jenayah

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid membabitkan pemain kebangsaan, Faisal Halim dekat sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara kini sedang di analisis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, suspek ada menyentuh beberapa kawasan serta tempat lokasi kejadian.

Katanya perkara itu dapat dikesan selepas pihaknya melakukan semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Susulan itu, polis kini sedang menunggu hasil analisis cap jari berkenaan.

Advertisement

“Kesan cap jari berkenaan yang ditinggalkan itu telah diambil dan kita masih menunggu keputusan hasil analisis yang dijalankan.

“Sekiranya hasil yang diperoleh itu kelak memberikan gambaran yang positif, insya-ALLAH, mungkin ia akan mendekatkan pihak polis kepada suspek-suspek yang terbaharu,” maklumnya.

Shuhaily berkata demikian sewaktu sidang akhbar selepas turun meninjau sendiri lokasi kejadian di sebuah pusat beli-belah dekat Kota Damansara pada hari ini.

Berhubung tangkapan melibatkan dua suspek sebelum ini, beliau memaklumkan siasatan masih dilakukan.

“Berkaitan dua suspek yang ditahan sebelum ini, apa yang saya boleh rumuskan bahawa kita masih jalankan soal siasat.

Advertisement

“Ia masih di peringkat permulaan untuk saya kongsikan apa-apa perkembangan berkaitan tangkapan terbabit,” katanya lagi.

Sebelum ini, Faisal yang juga tonggak skuad Selangor FC disahkan alami melecur tahap empat selepas menjalani pembedahan pertama.

Pada Ahad lalu, dia dilaporkan telah menjadi mangsa simbahan asid dalam satu kejadian di Damansara.

Menurut Stadium Astro, Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey telah dikejarkan ke Hospital Thomson bagi mendapatkan rawatan segera.

Difahamkan, bintang Selangor itu mengalami cedera di bahagian badan, tangan dan muka manakala baju yang dipakai juga koyak rabak akibat terkena simbahan cecair asid sulfurik pekat itu.

Advertisement

Selain Faisal, Akhyar Rashid dan Syafiq Rahim juga terlibat dalam dua serangan berbeza, di mana pemain Terengganu FC (TFC) itu di samun dan dipukul di Terengganu manakala kenderaan Syafiq Rahim atau lebih dikenali sebagai Copot mengalami pecah cermin belakang.

Sumber: Sinar Harian

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel