Connect with us

Kemalangan

Mangsa Pokok Tumbang Sempat Diajar Mengucap – Saksi

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) — Orang awam sempat mengajar mangsa yang dihempap pokok yang tumbang di Jalan Sultan Ismail, mengucap dua kalimah syahadah sebelum beliau tidak sedarkan diri.

Saksi kejadian Muhamad Tariq Haikal berkata mangsa masih sedar ketika ditemukan oleh orang awam.

“Saya nampak abang (yang meninggal dunia itu). Ketika kami menemuinya, beliau masih hidup dan saya cuba untuk membantunya dengan menahan pokok tersebut, supaya tidak lagi menyekat kepala mangsa.

“Abang itu hanya sedar dalam lima minit. Ada juga orang awam yang membantunya mengajar mengucap dua kalimah syahadah. Selepas itu, abang itu terus tidak sedarkan diri,” katanya yang merupakan seorang ejen hartanah.

Advertisement

ADVERTISEMENT

Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas sebatang pokok tumbang di atas jalan raya dan menghempap 17 buah kenderaan serta landasan monorel.
Menceritakan tentang kejadian itu, Muhamad Tariq berkata ketika kejadian beliau berada di pejabat yang terletak berhampiran lokasi kejadian, sebelum mendengar bunyi dentuman yang kuat diikuti angin dan hujan lebat sebelum mendapati pokok tumbang menghempap beberapa kenderaan.

“Bunyinya seram. Ketika itu, semua orang di sekitar kawasan ini senyap akibat tergamam dengan kejadian yang berlaku,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Beliau berkata seorang wanita telah menghubungi pihak Prasarana, agar memberhentikan monorel di laluan arah KL sentral ke Medan Tuanku, kerana pokok tersebut turut menghempap laluan terbabit.

Muhamad Tariq berkata beliau dan beberapa individu lain, turut membantu mangsa lain dengan membawa kesemua mereka ke Hotel Concorde bagi mendapatkan rawatan.

Advertisement

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel