Connect with us

Berita Lain

Pengutip Sampah Ini Popular Lepas Menang Ratu Cantik


TUAH… Kehidupan wanita muda Maghribi ini, Sanaa Maatat langsung tiba-tiba berubah selepas mendapat gelaran sebagai Ratu Cantik Pekerja Pembersihan (Miss Cleaners) di negaranya.

Menurut media tempatan, hasilnya beliau menjadi selebriti terkenal dalam sekelip mata selepas orang ramai mula berkongsikan gambar-gambarnya menerusi media sosial kerana keunikan latar belakang kerjanya sendiri.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ramai netizen dilaporkan tidak percaya bahawa Sanaa yang berusia 25 tahun itu sanggup bekerja sebagai pekerja pembersihan dan pengutip sampah jalanan, kerana beliau amat cantik dan mempunyai kulit yang bersih.
Meskipun Sanaa berkata bahawa raut wajahnya yang cantik itu boleh mendapatkan kerja yang lebih baik, beliau berkata dirinya tetap bangga dengan apa yang dilakukannya dan tidak memikirkan untuk mengubah pekerjaan.
Sanaa juga seorang ibu kepada dua orang anak, berkata bahawa beliau bekerja untuk mendapatkan kehidupan lebih baik untuk keluarga, yang turut menambah bahawa membersihkan jalan raya merupakan baktinya kepada negara.
Beliau bukan hanya mendapat gelarannya itu dengan kecantikannya tetapi kerana disiplinnya di tempat kerja kerana ini antara salah satu syarat ditetapkan penganjur pertandingan ratu cantik OZONE Environment & Services.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Memenangi gelaran ini akan menyumbang kepada penghormatan kepada semua pekerja pembersihan wanita dan mendorong mereka untuk melakukan yang terbaik dalam melaksanakan kerja mulia ini,” kata Sanaa.
Lebih ratusan pekerja pembersihan mengutip kira-kira 2.5 juta tan sampah jalanan setiap tahun selain 20,000 tong sampah ditempatkan di lokasi strategik seluruh Maghribi. 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel