Connect with us

Berita Lain

Husam: Haram Undi PAS, Pahala Undi HARAPAN



Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Husam Musa hari
ini mengeluarkan pendapat tegas bahawa haram hukumnya sekiranya mengundi PAS
pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

“Mengundi ini melibatkan hukum, PAS kata haram kalau
tak undi bulan.
“Kita kata tidak, sebaliknya haram undi bulan. Ini ambo
(saya) nak pegang. Nak tahu yang mana betul, kita berdebatlah,” katanya
ketika berceramah di Kuala Krai, malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika mengulas isu rakaman audio
yang didakwa mengandungi ucapan anggota parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul
Aziz mengenai menerimaan wang oleh pimpinan PAS daripada Umno.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Selain itu, pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Kelantan itu
turut menyentuh isu rampasan kapal mewah milik ahli perniagaan Malaysia, Low
Taek Jho oleh pihak berkuasa Indonesia pada 28 Februari lalu.

Husam turut mendakwa kapal bernilai RM1 bilion itu dibeli
menggunakan wang melalui hutang 1MDB yang kini menjadi beban rakyat Malaysia.
“Jadi PRU14 nanti, kita tak boleh pangkah dah BN dan
PAS.
“PAS kata tak pangkah PAS haram sebab akan jatuh
kerajaan Islam. Ambo pula kata, kalau mengundi PAS yang menongkat (bantu) Umno
yang habiskan duit rakyat, haram.
“Jadi nak undi apa? Undi HARAPAN, dapat pahala undi
HARAPAN. Ambo nak duduk situ.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Kalau tak ada hukum payahlah, semua benda dalam amalan
kita ini ada hukum,” katanya yang turut menuntut perdana menteri
meletakkan jawatan.
Tambah beliau, hubungan kerjasama antara PAS dan Umno boleh
dirujuk melalui rakaman ucapan Nik Abduh.
“Adik kakak boleh dengar sendiri, suara siapa rakaman
itu?
“Kalau ambo, suara itu suara Nik Abduh. Dalam rakaman
ini dia kata ustaz Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) terima duit daripada
Umno, dia terima duit daripada Umno, memang bekerjasama dengan Umno,”
ujarnya.

– Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel