Connect with us

Berita Lain

‘Pembangkang Diketuai DAP Tolak Islam’ – Asyraf Wajdi


TEMERLOH: Kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai kuasa
politik yang kuat untuk mentadbir negara seterusnya mempertahankan agama Islam
sebagai agama rasmi negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf
Wajdi Dusuki berkata ini kerana Pakatan Harapan yang diterajui DAP dilihat
tidak mampu untuk melakukannya kerana dalam perlembagaan DAP sendiri, tidak
pernah mengakui Islam sebagai agama persekutuan.
“Perlembagaan DAP secara zahirnya mahu menjadikan negara ini
sama rata dan pemimpin mereka seringkali menyatakan Malaysia adalah negara
sekular… apa jaminan mereka untuk mempertahankan Islam sebagai agama rasmi
persekutuan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Yang menerajui Pakatan Harapan pula adalah DAP, jadi kita
kena lihat asal usul perjuangan mereka,” katanya kepada pemberita selepas
Program Multaqa Murabbi Ummah Peringkat negeri Pahang di Dewan Tun Razak hari
ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan
Tugas-Tugas Khas Negeri Pahang Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.
Asyraf berkata parti PAS pula yang selama ini dikatakan
memperjuangkan Islam, hanya bertanding 40 kerusi parlimen pada pilihan raya
umum nanti, sedangkan untuk memastikan agenda Islam berterusan, ia memerlukan
satu parti yang mempunyai kuasa politik yang kuat untuk mentadbir negara.
“Kita tidak menafikan perjuangan PAS untuk menegakkan syiar
Islam, tetapi dalam masa yang sama mereka juga tidak boleh menafikan perjuangan
untuk membangunkan dan memartabatkan Islam 60 tahun sebelum ini turut dilakukan
oleh UMNO.
“Sebab itu selagi BN memerintah negara ini, hak agama Islam
akan terus dipertahankan, hak agama lain kita hormati sekali gus ia dapat
memastikan keharmonian negara ini dapat terus dikekalkan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Itu antara faktor negara luar mengiktiraf Malaysia dan
menjadikan negara kita sebagai contoh negara Islam yang sebenar dan berjaya
menjamin kemakmuran,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Asyraf Wajdi berkata, kerajaan
persekutuan menyediakan peruntukan sebanyak RM564.9 juta bagi imbuhan imam,
guru takmir dan guru KAFA di seluruh negara untuk tahun ini.
Beliau berkata jumlah itu tidak termasuk bantuan “one-off”
diumumkan perdana menteri semasa bajet lalu iaitu sebanyak lebih RM94 juta
untuk diagihkan kepada pegawai masjid seperti bilal dan tok siak.
Katanya, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menerima
peruntukan RM47 juta tahun ini bagi bayaran imbuhan imam, guru takmir dan guru
Kafa dan jumlah itu tidak termasuk pemberian “one-off” sebanyak RM8.226 juta
seperti diumumkan Perdana Menteri semasa bajet. – BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel