Connect with us

Berita Lain

13 Kerusi Terjejas, 13 Untungkan Pakatan Harapan


SHAH ALAM – Pengasas Invoke Malaysia, Rafizi Ramli mendakwa
persempadanan semula yang diluluskan Dewan Rakyat memberi kesan kepada 26
Parlimen milik Pakatan Harapan (Harapan).
Beliau berkata, berdasarkan analisis dijalankan, ia terjejas
kerana berlaku pindahan undi Melayu dan bukan Melayu.
“Antara 13 kerusi tersebut adalah Sungai Buloh yang
mengalami perubahan pengundi Melayu dengan jumlah 15.4 peratus dan perubahan
pengundi bukan Melayu dengan gabungan perubahan pengundi Cina dan India dengan
pemberat 80 peratus kepada pengundi Cina iaitu kira-kira 12.2 peratus.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Begitu juga dengan Shah Alam dengan perubahan pengundi
Melayu berjumlah 3.3 peratus berbanding pengundi bukan Melayu sebanyak 2.5
peratus,” katanya.
Jelasnya, daripada 13 kerusi Parlimen yang terkesan akibat
persempadanan semula, hanya Shah Alam, Bukit Gantang dan Tanjong Piai yang
bertukar dari menang tipis kepada kalah tipis.
“Semua kerusi yang lain mengalami penurunan margin
kemenangan (berdasarkan angka sokongan terkini) tetapi tidak mengubah keupayaan
untuk menang secara drastik. Berdasarkan analisis sokongan terkini menunjukkan
sokongan Melayu Harapan makin meningkat, Invoke masih mengekalkan unjuran
kerusi Parlimen yang dibentangkan pada 9 Mac 2018 (89 kerusi kepada Harapan, 76
BN, kosong bagi Pas di Semenanjung,” katanya.
Namun begitu beliau berkata, terdapat 13 Parlimen yang
menguntungkan Harapan hasil daripada persempadanan semula seperti Subang,
Berus, Klang, Bukit Bintang, Ampang dan Puchong.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Ambil contoh di Subang perubahan pengundi Melayu adalah
12.7 peratus dan perubahan pengundi bukan Melayu pula 12.9 peratus,” katanya.
Rafizi turut mempersoalkan adakah BN boleh menang dengan
hanya melalui persempadanan semula.
“Pertambahan pengundi akibat pendaftaran baharu yang
mengimbangi kesan persempadanan semula. Perubahan undi Melayu dan Harapan tidak
begitu jauh.
“Dalam keadaan undi Melayu antara BN dan Harapan tidak
begitu jauh, sokongan padu dari pengundi bukan Melayu kepada Harapan masih
memberi kelebihan di negeri-negeri seperti Selangor, Wilayah Persekutuan dan
Kedah,” katanya.
Menurutnya, kaji selidik dijalankan mengenai tahap sokongan
Melayu di Selangor menerusi telefon, temu ramah dengan operator pada 26 dan 27
Mac melibatkan lebih 1,500 pengundi berdaftar berpihak kepada Harapan.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel