Connect with us

Berita Lain

Setuju Ketepi Soal Pemilihan, PRU14 Lebih Utama


BERA – Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri
Yaakob bersetuju supaya soal pemilihan parti diketepikan sementara bagi memberi
tumpuan kepada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang akan diadakan pada
bila-bila masa.
Ismail Sabri berkata perjuangan utama buat masa ini adalah
untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) kerana semua perancangan
untuk membantu rakyat hanya dapat diteruskan jika mereka tidak kehilangan kuasa
pemerintahan.
“Tidak ada untungnya jika kita menang dalam pemilihan parti,
tapi kalah pada pilihan raya. Itu adalah asas paling utama yang kita kena
ingat. Saya harap semua anggota parti akan akur dengan perkara ini,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ismail Sabri berkata demikian kepada pemberita selepas
melancarkan Briged Gempur Pemuda BN Parlimen Bera melibatkan 1,400 Pemuda BN di
Dataran Kerayong di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pemuda UMNO
Bahagian Bera Mohd Zoolihsan Ahmad.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
mengingatkan pemimpin dan anggota UMNO untuk mengetepikan seketika soal
pemilihan parti dan memberi tumpuan penuh kepada PRU14, kerana ia menentukan
soal kuasa pemerintahan.
Ismail Sabri menambah beliau optimis BN boleh mencapai
kemenangan 4-0 di Parlimen Bera jika semua pihak bekerjasama dan meletakkan
kepentingan parti melebihi kepentingan individu.
Katanya, beliau berhasrat untuk ‘membirukan seluruh Parlimen
Bera’ yang mana pada masa ini, BN hanya menang dua kerusi Dewan Undangan Negeri
(DUN) iaitu Guai dan Kemayan manakala DUN Triang dipegang DAP.
“Saya yakin pengundi Triang sudah melihat ADUN (Anggota
Dewan Undangan Negeri) mereka gagal membawa sebarang perubahan, gagal membawa
suara mereka ke peringkat tinggi dan gagal menyelesaikan masalah mereka.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Mereka sudah berputus asa dan hilang keyakinan dengan ADUN
mereka. Saya yakin kalau mereka mahu perkara ini berubah, mereka akan kembali
kepada BN pada pilihan raya kali ini,” katanya.
Ismail Sabri yang juga Pengerusi BN Bera mahu anggota parti
berlapang dada dengan sesiapa sahaja calon yang mewakili BN pada pilihan raya
akan datang supaya tidak timbul sebarang permasalahan yang boleh menjejaskan
peluang untuk menang.
“Kalau kita letak kepentingan parti tidak akan timbul soal
tidak puas hati. Perjuangan BN dan asas penubuhannya adalah untuk rakyat, jadi
siapa yang bertanding adalah wakil rakyat bukan mewakili individu,” katanya.
Ismail Sabri menambah perkara itu membezakan BN daripada
parti-parti lain seperti PKR yang diasaskan kerana mahu membela Datuk Seri
Anwar Ibrahim dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ekoran perasaan tidak
puas hati Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad. – BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel