Connect with us

Berita Lain

TPM Umum Elaun Wataniah Dinaikkan RM2 Sejam


BAGAN DATUK — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad
Zahid Hamidi mengumumkan kenaikan elaun anggota lain-lain pangkat dan pegawai
Askar Wataniah masing-masing daripada RM6 kepada RM8 dan RM7.80 kepada RM9.80
sejam.

Beliau berkata kenaikan elaun itu bagi menghargai jasa dan
kesetiaan anggota dan pegawai askar Wataniah di seluruh negara sebagai benteng
kedua menjaga keselamatan negara.
“Saya umumkan elaun bagi pihak Perdana Menteri (Datuk Seri
Najib Tun Razak) dan Menteri Pertahanan (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein)
dinaikkan dengan rasminya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Elaun dibayar mulai (sama tarikh) Perdana Menteri
mengumumkan kenaikan elaun Rela (tarikh umum 10 Mac), ertinya mana-mana pegawai
yang bertugas sebelum ini harus dibayar penuh mengikut elaun yang diberikan,”
katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis
pelancaran Gelombang Askar Wataniah Zon Tengah di Sekolah Menengah Sains Bagan
Datuk di sini hari ini, yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk
Seri Mohd Johari Baharum, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
dan Timbalan Panglima Tentera Darat, Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd
Nawawi.
Bercakap mengenai Kem Tentera Hutan Melintang, Ahmad Zahid
yang juga anggota Parlimen Bagan Datuk menyifatkan pihak yang mendakwa
pembinaan kem tersebut bertujuan untuk kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil
alih Hutan Melintang dan menambah undi bagi Parlimen Bagan Datuk adalah naif.
“Sebenarnya mereka naif, mereka tak tahu ini (pembinaan)
adalah strategi Kementerian Pertahanan kerana kem yang terdekat adalah di
Sungai Besi dan Subang manakala di sebelah utara adalah (Pangkalan) Tentera
Laut Diraja Malaysia di Lumut tetapi di tengah-tengah tak ada.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Dari segi geostrategik, Bagan Datuk perlu ada kem Angkatan
Tentera Malaysia, ia adalah untuk menterjemahkan stategi pertahanan ATM,”
katanya sambil menambah kem itu telah 50 peratus siap.
Beliau berkata pembinaan kem tersebut tiada kaitan dengan
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) atau PRU14, sebaliknya ia dibina ketika beliau
menjadi Menteri Pertahanan dengan kerjasama Sime Darby dan kelulusan kerajaan
negeri.
“Ia tiada kena mengena dengan matlamat politik. Kita nak
bagi tahu pada puak-puak yang tidak bersetuju dengan ATM jangan merendahkan
tentera, askar wataniah dan PLKN (Program latihan Khidmat Negara),” katanya. –
BERNAMA

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel