Connect with us

Berita Lain

Najib Sindir Dr M: Kedai Roti Tutup Pun Salah BN


SUBANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini
menyindir Tun Dr Mahathir Mohamad selepas kedai roti yang dikaitkan dengannya,
The Loaf, ditutup.
Tanpa menyebut nama Pengerusi Pakatan Harapan itu, Najib
kehairanan Barisan Nasional dipersalahkan dalam penutupan francais itu.
“Yang paling pelik baru-baru ini kedai roti yang lingkup pun
mereka nak salahkan BN. Kedai roti yang lingkup, terpaksa tutup pun salah
perdana menteri.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Tak masuk akal. Ramai anak Majlis Amanah Rakyat (Mara)
meniaga tak lingkup. Ini buat kedai roti lingkup,” katanya ketika berucap di
Majlis Himpunan Saya Anak Mara di Institut Teknologi Penerbangan Malaysia di
Universiti Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini, Dr Mahathir berkata beliau mahu menjual
francais bakeri The Loaf bagi membantu kewangan kempen pilihan raya parti
pimpinannya tetapi gagal mendapat pembeli.
“Saya tidak mendapat pembeli…dan saya juga tidak mampu
menampung kerugian, jadi saya terpaksa menutupnya,” katanya lapor akhbar The
Straits Times Singapura sewaktu mengadakan “walkabout” di Langkawi semalam.
Bekas perdana menteri itu yang kini mengetuai pakatan
pembangkang 4 parti, Pakatan Harapan, berkata, seorang bakal pembeli didatangi
pegawai lembaga hasil dalam negeri yang “menuntut beliau membayar banyak
cukai”.
“Beginilah caranya kerajaan menekan rakyat supaya tidak
menyokong pembangkang,” katanya kepada akhbar itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mengulas lanjut, Najib berkata penutupan perniagaan itu
bukan salah perdana menteri dan kerajaan.
“Semua salah orang lain. Peristiwa Memali salah orang lain.
Rugi RM31 bilion (skandal mata wang asing) salah orang lain. Maminco (skandal
pembelian bijih timah) salah orang lain. Malaysia Airlines nak lingkup pun
salah orang lain.
“Proton nak lingkup pun salah orang lain. Kedai roti tutup
pun salah orang lain,” katanya.
Najib mahu politik seperti itu dihentikan dan beliau mahu
orang ramai yakin pada Umno dan BN.



FMT

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel