Connect with us

Berita Lain

Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Siap Akhir Tahun


KUALA LUMPUR – Hospital Wanita dan Kanak-Kanak yang baharu
di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dijangka siap akhir tahun ini, kata Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, hospital yang mula dibina pada 2013
melibatkan kos kira-kira RM848 juta itu merupakan projek pembangunan yang
sedang dijalankan bagi menaik taraf HKL.

“Hospital Wanita dan Kanak-Kanak yang baharu ini adalah
bukti komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN) menjaga kesejahteraan rakyat
dengan memberi perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada golongan ibu dan
kanak-kanak,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan
tinjauan mesra ke Wad Bersalin HKL dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, HKL
yang baharu hari ini.
Perdana Menteri  telah
meluangkan masa selama satu jam melawat pesakit di Wad Bersalin dan melihat
kemudahan yang disediakan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak yang baharu
tersebut.
Turut mengiringi perdana menteri dalam lawatan itu ialah
Pengarah Hospital Kuala Lumpur Datin Dr Nor Akma Yusof.
Najib berkata bayaran untuk bersalin di HKL cuma RM10
sahaja, satu yang caj yang minimum berbanding caj dikenakan di negara-negara
lain.
“Alhamdulillah, hari ini saya dapat melawat wad
bersalin HKL di mana saya dapat menyaksikan bagaimana wad bersalin ini telah
memberi perkhidmatan yang cemerlang sejak ia ditubuhkan pada 1963. Bagi wad
kelas ketiga ini bayarannya sangat minimum (murah),” katanya.
Beliau berkata tujuan lawatannya adalah untuk memberi
penegasan bahawa kerajaan BN mengambil berat mengenai perkhidmatan kesihatan
kepada rakyat khususnya golongan wanita dan kanak-kanak dan ia terkandung dalam
manifesto BN untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
“Antara teras utama dalam manifesto PRU ke-14
melibatkan kaum ibu dan kanak-kanak ialah ADAM50 atau Amanah Dana Anak Malaysia
2050 iaitu skim yang diperkenalkan kerajaan ketika pembentangan Bajet 2018.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Setiap anak Malaysia yang dilahirkan bermula 1 Jan
2018 sehingga 31 Dis 2022 akan dihadiahkan Dana Tabungan Permulaan sebanyak
RM200 melalui unit amanah saham di bawah skim tersebut,” katanya.
Teras kedua pula di bawah penjagaan kanak-kanak universal
ialah memberikan insentif kepada syarikat yang menyediakan pusat penjagaan
kanak-kanak dan fasiliti untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi serta melaksanakan
polisi Penjagaan Awal  Kanak- Kanak
Universal (Universal Child Care) dengan memformulasikan kurikulum, program
inklusif, pemakanan bernutrisi dan melatih tenaga pengasuh profesional.
Teras ketiga pula ialah mengutamakan peranan kaum ibu dan
wanita menggalakkan  sektor swasta
membenarkan ibu-ibu mengandung pulang sejam lebih awal dan memperluaskan
insentif cukai kepada 24 bulan bagi wanita yang kembali semula ke pasaran
pekerjaan.
Najib berkata banyak lagi inisiatif diberikan kepada
golongan wanita  antaranya menggalakkan
sektor swasta mengamalkan dasar Keseimbangan Kehidupan dan Pekerjaan. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel