Connect with us

Berita Lain

Najib Tempelak Mahathir Berhubung Kenyataan Kedai Roti


TELUK INTAN: Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak tindakan
Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat empat pusingan-U dalam kenyataannya dan
menyalahkan ekonomi negara apabila terpaksa menutup kedai roti miliknya.
Perdana Menteri berkata, perbuatan bekas pemimpin negara itu
disifatkan melalut kerana menukar empat kali kenyataan berhubung penutupan The
Loaf dalam masa dua minggu bagi menyalahkan kerajaan.
“(Dia) bukan nak dengar cakap orang dah, melalut
cakapnya, hari ini cakap lain esok cakap lain macam kedai roti dalam dua minggu
empat kali tukar (kenyataan), mula-mula kata kedai dia, lepas itu kata bukan
kedai dia, lepas itu kata nak jual kedai dia, akhir kata baru mengaku kedai
dia.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sebab apa dalam daftar syarikat dia ada 10 juta saham
(dalam kedai roti) dan pegang 51 peratus ekuiti. Janganlah kita main politik
yang begini, jangan kita tuduh orang tidak berasas, berdosa nanti. Tak apa, itu
dia dengan Allah nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis
pecah tanah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di sini yang mengandungi
957 unit kediaman di Batu 4, Jalan Changkat Jong di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong yang
juga anggota Parlimen Teluk Intan dan Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA Datuk Abdul
Mutalib Alias.
Walaupun Najib tidak menyebut nama pemimpin dimaksudkan, ia
jelas merujuk kepada kenyataan Dr Mahathir berikutan isu penutupan 12 cawangan
kedai roti The Loaf di negara ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Ada orang itu buka kedai roti, 12 tahun, 12 cawangan
(dan) kata ekonomi negara ini tak baik diuruskan oleh kerajaan, (Tapi), kedai
roti lain tidak tutup, kedai roti lain maju, kedai RotiBoy maju, kedai roti
Gardenia maju, saya percaya yang jual mi rebus Mastan Ghani Teluk Intan,
perniagaannya juga maju. Kalau tutup kedai, orang tak pergi ke kedai, kerajaan
pun dipersalahkan kah?
Mungkin kedai itu tidak sesuai tempatnya, mungkin rotinya
tidak sedap, mungkin kos terlalu tinggi ke? Mungkin ada sebab yang lain. Yang
anehnya, ekonomi negara kita ini memang berkembang dengan begitu positif
sekali,” katanya.
Jelas beliau, kejayaan Malaysia memperoleh penilaian semula
unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak tiga kali
sepanjang tahun lepas daripada Bank Dunia mencerminkan ekonomi negara berada
pada landasan baik dan semakin pesat.
-BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel