Connect with us

Berita Lain

PNB Kini Institusi Unggul Selepas 40 Tahun Penubuhan



BATU PAHAT – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
menyifatkan Permodalan Nasional Bhd (PNB), yang ditubuhkan 40 tahun lepas,
sebagai sebuah institusi unggul.

“Malah, impak penubuhan PNB menjangkaui seluruh dunia,”
katanya ketika berucap merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) di
Stadium Batu Pahat di sini hari ini.
Najib memberi contoh pembangunan hartanah di United Kingdom
(UK) yang dibangunkan oleh PNB.
“Kalau dulu ekonomi Malaysia dikuasai penjajah, hari ini
kita mampu jadi pelabur terbesar di UK. Ini kejayaan,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Program MSAM 2018 selama seminggu ini merupakan acara
tahunan PNB yang diadakan sejak tahun 2000 dan telah berjaya menarik lebih 3.6
juta pengunjung.
Hadir sama, Menteri Besar Johor Datuk Mohamed Khaled Nordin,
Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar dan Presiden dan Ketua
Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad.
Perdana Menteri berkata selain kecekapan pengurusannya,
faktor kejayaan PNB juga berkait rapat dengan pembangunan ekonomi negara yang
dibawa kerajaan.
“Dasar pragmatik (kerajaan), dasar yang memacu
(pertumbuhan),” kata Najib.
Najib turut mengucapkan penghargaannya kepada PNB atas
pembayaran dividen sebanyak tujuh sen seunit dan bonus 0.25 sen seunit untuk
tabung Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember
2017.
PNB juga mengumumkan Bonus Khas Ulang Tahun Permodalan
Nasional Bhd (PNB) ke-40 sebanyak satu sen seunit untuk baki sehingga 10,000
unit bagi ASB untuk tahun kewangan itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Jumlah pengagihan sebanyak RM10.7 bilion akan dimanfaatkan
oleh 9.1 juta pemegang unit yang memiliki lebih 145.6 bilion unit dalam ASB.
Pada majlis itu, Perdana Menteri turut melancarkan portal
www.myasb.com.my yang membolehkan para pemegang unit melaksanakan urusan
pelaburan, antaranya, melanggan unit amanah ASNB tanpa perlu hadir ke kaunter
perkhidmatan.
Pemegang unit juga boleh menyemak akaun masing-masing,
melihat baki pelaburan, mencetak penyata elektronik, dan mengemas kini maklumat
peribadi.
Terdahulu, Abdul Wahid berkata PNB merupakan syarikat
pelaburan terbesar negara dengan dana kira-kira RM200 bilion melalui 13.4 juta
pemegang unit pelbagai dana amanah ASNB.
PNB membayar dividen sebanyak RM1.88 bilion setakat Mac 2018
dan RM14.6 bilion pada 2017. – BERNAMA


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel