Wednesday, December 10, 2025

Dua maut motosikal dirempuh lori

by
April 29, 2018
1 min read

DUA lelaki warga Myanmar maut selepas motosikal dinaiki dirempuh sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 68, Jalan Ipoh – Gerik berhampiran Sekolah Kebangsaan Kati. – Foto Ihsan bomba


KUALA KANGSAR: Dua warga Myanmar maut selepas motosikal dinaiki dirempuh lori di Kilometer 68 Jalan Ipoh-Gerik, berhampiran Sekolah Kebangsaan Kati di sini, malam ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Dalam nahas jam 7.40 malam itu, penunggang motosikal, Emran Amnullah, 18, dan pembonceng, Mohd Yusof Mohd Khalil, 54, meninggal dunia di lokasi, manakala pemandu lori berusia 33 tahun tidak cedera.


Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahmad Termizi Abdul Haq, berkata siasatan awal mendapati mangsa yang dalam perjalanan dari Kati menghala Kuala Kangsar, gagal mengawal motosikal sehingga terbabas ke laluan bertentangan, lalu bertembung dengan lori.


“Akibat kemalangan itu, kedua-dua mangsa tercampak ke atas jalan raya dan meninggal dunia di lokasi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Mayat dua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat berhubung nahas itu supaya tampil memberi maklumat untuk siasatan lanjut.


Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


-BHonline

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Dua Kanak-Kanak Hilang di Pasir Pandak Ditemui Selamat Pagi Ini

KUCHING, 7 Dis — Dua kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dilaporkan

Kes Lemas Taman Prima Saujana: Adik Meninggal Dunia Di Hospital, Abang Masih Hilang – Polis

KAJANG – Seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan