Connect with us

Berita Lain

Felda Bukit Tangga ‘Hidup’ Dengan Kehadiran Dr M


Terletak di pedalaman Kubang Pasu, 109km dari Pulau Pinang,
perjalanan ke Felda Bukit Tangga malam tadi ditemani suasana sepi dan gelap,
kerana tidak ada lampu jalan di sepanjang perjalanan itu.
Tetapi tanah rancangan Felda di Bukit Kayu Hitam itu menjadi
‘hidup’ malam tadi dengan kehadiran pemimpin BERSATU, terutamanya pengerusinya
Tun Dr Mahathir Mohamad, yang sedang dalam jelajah “Selamatkan Felda,
Selamatkan Malaysia”, sekitar Kedah minggu ini.
Tidak kelihatan bendera BERSATU walaupun para pemimpinnya
memakai pakaian merah seragam parti itu, tetapi bendera mata biru PKR berkibar
di tempat ceramah itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Memetik laporan Malaysiakini, sekutu HARAPAN termasuk AMANAH dan DAP telah memutuskan
untuk menggunakan bendera biru PKR selepas BERSATU dibubar sementara oleh
Pendaftar Pertubuhan, dan sekaligus mengakhiri hasrat mereka untuk menggunakan
satu logo HARAPAN.
Persoalan yang timbul ialah mengapa tanah rancangan itu
telah diabaikan selama enam dekad walaupun Dr Mahathir, bekas ahli Parlimen
mereka adalah perdana menteri selama 22 tahun dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz
Mahathir menjadi menteri besar Kedah dari 2013 hingga 2015.


Hadirian kebanyakannya orang Melayu campuran peneroka Felda
lama dan muda, keluarga mereka dan orang luar, yang datang dari Alor Setar dan
Perlis.


Hashinah Umar, yang datang ke ceramah itu, bersama anak
perempuannya dan cucunya berpendapat Dr Mahathir mampu memimpin pembangkang
untuk mencapai kemenangan dalam PRU14.
“Kami akan menyokongnya seperti yang kami lakukan
bertahun-tahun yang lalu…,” kata suri rumah berusia 60 tahun itu yang
berpakaian baju kurung dan bertudung hitam.
Ditanya mengapa dia memutuskan untuk tidak menyokong Najib,
Hashinah menjawab: “Saya tak suka dia, saya tak pernah nampak dia di
sini.”
Hashinah, yang mempunyai enam orang anak, dan telah menetap
di tanah rancangan Felda itu selama 60 tahun, menambah, begitu juga dengan
anak-anaknya.
Bagaimanapun, Ong Somchai, seorang petani, menimbulkan
kebimbangan mengenai penyertaaan Dr Mahathir dalam Pakatan Harapan, sambil
berkata walaupun dia dapat menarik orang Melayu, tetapi tiada jaminan pemimpin
BERSATU yang menang pilihan raya tidak akan melompat ke Umno.
“Ia ada dalam DNA mereka dan kami bimbang,” kata
Ong, yang tinggal di daerah utara negeri itu sejak sedekad lalu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kami diberitahu kem lain hanya menunggu untuk membeli
mereka, berapa ramai yang dapat menahan cabaran ini?” Dia tanya.
“Bagaimanapun, kami berharap ramai yang akan balik
untuk mengundi supaya kita dapat melihat perubahan di negara ini,”
tambahnya yang berusia 40 tahun itu.
Manakala Ketua Wanita PKR Perlis, Fuziah Hamzah nampak yakin
dengan kemampuan HARAPAN menawan negeri kelahiran Dr Mahathir itu – dengan
meramalkan 70 peratus peluang untuk menang.

“Kami telah bekerja sepanjang masa dan gembira dengan
sambutan akar umbi yang sangat menggalakkan,” katanya.
Malaysia akan mengundi pada 9 Mei, manakala hari penamaan
calon ialah 28 April.
Tetapi penduduk yang serba sederhana itu nampaknya tidak
pernah berkecil hati dan menyambut meriah pengerusi Pakatan Harapan itu,
isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Hashim, dan Mukhriz dengan sorakan kuat ketika
mereka tiba di ceramah itu selepas pukul 9 malam tadi.
Mengiringi ketiga-tiga mereka ialah bekas pemimpin PAS,
Datuk Amiruddin Hamzah, yang keluar parti Islam itu untuk menyertai BERSATU
tahun lepas dan ahli jawatankuasa pusat parti itu dan bekas pembantu pengerusi
Felda, Zahid Md Arif.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel