Connect with us

Berita Lain

Jurukimpal cilik 13 tahun

ASHRI Iman menjalankan kerja mengimpal besi di bengkel bapanya. FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli


Chukai: Biarpun baru berusia 13 tahun, siapa sangka remaja dari Kampung Gong Limau, dekat sini, mahir dalam teknik menyembur dan kimpalan.


Ashri Iman Hanafi Firdaus berkata, dia mempelajari kemahiran itu daripada bapanya Firdaus Mohamad, 33, sejak berusia 10 tahun.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Saya terbiasa dengan pekerjaan ini, maklumlah saya membantu bapa di bengkel selepas pulang sekolah.


“Bermula dengan teknik mengukur dan memotong besi, saya kemudian mempelajari teknik menyembur dan mengecat sebelum dilatih mengimpal besi.


“Pada usia 11 tahun saya menjadi jurukimpalan di bengkel bapa, tetapi memandangkan ia berisiko bapa hanya menyerahkan tugas menyembur kepada saya,” katanya.


Ashri Iman Hanafi berkata, dia meminati bidang kemahiran dan pertukangan sejak berusia tujuh tahun.


“Sejak kecil saya didedahkan dengan pekerjaan di bengkel, justeru saya minat dan ingin mempelajarinya.


“Bagi orang yang tidak minat, ia dilihat sukar dipelajari tetapi pada saya ia sangat mudah dan menyeronokkan,” katanya yang bersekolah di Sekolah Menengah Agama Al Falah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Beliau berkata, dia bercita-cita menjadi pengurus bengkel pertukangan seperti bapanya.


“Biarpun bapa memiliki bengkel namun saya tidak ingin bergantung pada bengkel bapa kerana ingin memiliki bengkel sendiri,” katanya.


Menurutnya, biarpun sudah menguasai beberapa kemahiran namun dia bertekad ingin meningkatkan kemahiran dimiliki.


“Ilmu kemahiran itu tiada had, ia perlu dipelajari dari semasa ke semasa dan kemahiran diasah supaya hasil kerja sempurna,” katanya.


Sementara itu, Firdaus berkata, dia menyedari bakat semula jadi anaknya sejak berusia sembilan tahun.


“Selain bakat, Iman mempunyai minat mendalam terhadap ilmu kemahiran justeru apabila diberi tunjuk ajar dia cepat memahami dan menguasai kemahiran itu,” katanya.


-Mymetro



Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel