Connect with us

Berita Lain

Pilih Parti Dapat Ubah Hidup Lebih Baik – PM


SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
meminta rakyat berfikir secara bijak dan rasional dengan memilih parti yang
boleh menjadikan hidup mereka lebih baik pada masa akan datang.

Beliau berkata kriteria yang perlu diberi perhatian adalah
tidak harus memilih pihak yang memainkan emosi, slogan, menabur fitnah dan
mengejar agenda peribadi.

“Itu bukan kriteria yang baik sebab itu kena guna akal
fikiran untuk memilih siapa yang boleh menjadikan hidup lebih baik pada masa
datang.
“Menyokong Barisan Nasional (BN) sebab kita semua tahu
bahawa dalam pilihan raya, kita (kena) pilih apakah ukurannya, apakah
kriterianya,” katanya pada majlis perasmian Sekolah Kebangsaan Bahagia di Batu
Sapi dekat sini, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Hadir sama Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, calon BN
di kawasan Parlimen Batu Sapi, Datuk Linda Tsen Thau Lin, calon BN bagi kawasan
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong, Datuk Samsudin Yahya dan calon BN DUN Karamunting,
Lim Kai Ming pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini.
Dalam pada itu, Najib yang juga pengerusi BN pusat
menyatakan komitmen berterusannya untuk membangunkan Sabah bagi menghapuskan
jurang pembangunan antara Sabah, Sarawak dengan Semenanjung.
Menurutnya seluruh kawasan wilayah Sabah akan berubah dalam
masa lima tahun akan datang.
“Kita (kerajaan BN) ada agenda dan bukan nak lepaskan janji
sahaja atau janji di mulut bukan di hati. Kita ini janji kita tepati, sebab itu
jika Barisan Nasional diberi kepercayaan, saya berjanji akan terus menyokong
supaya negeri Sabah akan lebih maju lagi,” katanya.
Najib berkata komitmen beliau terhadap negeri ini dapat
dinilai dengan kekerapannya melawat negeri ini sejak sembilan tahun menjadi
perdana menteri.
Menurutnya beliau lebih kerap melawat Sabah berbanding
pemimpin parti pembangkang yang pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun
yang jelas merujuk kepada Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Ketuanya (Dr. Mahathir) pernah 22 tahun memimpin negara ini
tetapi tidak dekat dengan orang Sabah. Maknanya orang Sabah tidak (berada)
dalam hati kecilnya,” katanya.
Mengambil contoh peruntukan RM1 bilion bagi menaik taraf
sekolah daif di Sabah dalam Bajet 2018, Najib berkata ia merupakan satu
janjinya sebagai perdana menteri kepada rakyat negeri ini.
Beliau menyedari banyak sekolah daif di negeri ini dan
masalah itu turut disuarakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.
“Beliau (Musa) tidak bermimpi saya bagi RM1 bilion. Ini
merupakan janji saya sebagai perdana menteri dan bagi memastikan jurang
pembangunan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung dihapuskan,” katanya.
Perdana menteri berkata pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo
dengan peruntukan RM16 bilion yang dilaksanakan secara berfasa merupakan
komitmen berterusan beliau kepada Sabah bagi meningkatkan kemudahan jalan raya
untuk keselesaan rakyat.
Najib berkata banyak lagi agenda pembangunan akan
dilaksanakan untuk Sabah bagi memastikan negeri ini terus maju dengan lebih
pesat lagi. – BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel