Connect with us

Berita Lain

Dr Maza: Pemerintah Mesti Fokus Dosa Awam, Bukan Dosa Peribadi


PETALING JAYA: Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin
menyeru kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan (PH) menumpukan kepada dosa
awam berbanding dosa peribadi.
Ini kerana pendekatan “sesetengah pihak sebelum ini” yang
terlalu memberikan tumpuan kepada dosa peribadi dan memandang ringan dosa awam
menyebabkan Islam disalah fahami, katanya di Facebook.
“Pendekatan yang seperti ini yang menyebabkan sesetengah kelompok
‘Islamis’ tidak sanggup bergaul dengan golongan yang isteri mereka tidak
bertudung tetapi merasa tidak bersalah berkerjasama dengan mereka yang rasuah
dan salahguna kuasa secara nyata. Golongan agama seperti inilah yang membela
isu rasuah tapi membangkit isu-isu kelemahan peribadi pihak yang mereka
musuhi,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Asri menjelaskan dosa peribadi sebagai dosa yang memberi
mudarat pada diri sendiri selagi mana ia tidak mengancam pihak lain seperti
zina, minum arak dan berjudi. “Dalam ertikata lain, ia dosa atau pun aib
peribadi antara hamba dengan Tuhannya”.
“Kita dilarang mengintip dosa ini. Jika dosa itu zahir di
hadapan kita, kita disuruh mencegahnya, tapi bukan untuk menghebohkannya,”
katanya.
Sementara dosa awam pula dosa yang memudaratkan orang lain
seperti rasuah, merompak, mencuri, mengedar dadah, merogol, pecah amanah dan
menyebarkan hadis palsu. “Dosa ini bukan sahaja antara hamba dengan Allah,
tetapi ia boleh mengancam pihak lain”.
“Dosa awam boleh memberikan kemudaratan kepada pihak yang lain,
maka kita boleh mendedahkannya untuk memelihara keselamatan ataupun
kemaslahatan pihak lain,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau menegaskan kerajaan dan masyarakat hendaklah
membezakan dosa awam dan dosa peribadi.
“Malangnya, apabila kita gagal membezakannya, maka golongan
kuat agama heboh jika ada tokoh yang berkhalwat tetapi membisu apabila ada isu
rasuah dan penyalahgunaan harta awam berleluasa. Isu-isu aib peribadi diangkat
dan diberikan pelbagai ulasan agama, sementara isu jenayah awam pula golongan
agamawan ramai yang mendiamkan. Ini adalah tanda kesongsongan kita dalam
memahami jenis-jenis dosa,” katanya.
Beliau juga menasihatkan pemerintah hendaklah mengelak
daripada mengangkat kes “aib peribadi” yang dibawa ke mahkamah, seperti
diriwayatkan di dalam hadis.
“Hal ini sangat berbeza dengan mentaliti sesetengah pihak
berkuasa agama yang suka mencari-cari dosa peribadi ini,” katanya.

– FMT

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel