Connect with us

Berita Lain

‘Bail Out’ 1MDB Terbesar Dalam Sejarah – Guan Eng


KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini
menegaskan pembayaran RM6.98 bilion ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
bukan sahaja tepat, tetapi ia juga merupakan ‘bailout’ terbesar dalam sejarah
Malaysia.
Dalam satu kenyataan akhbar hari ini, beliau berkata,
aset-aset 1MDB kini diletakkan di bawah Kementerian Kewangan (MoF), namun
proses pengambil alihan itu bukan percuma, sebaliknya ia datang dengan jumlah
pampasan yang cukup tinggi, lapor Astro awani.
“Saya ingin mengingatkan Datuk Seri Najib bahawa MoF tidak
mengambil alih aset ini secara percuma, sebaliknya apabila kementerian
mengambil alih TRX City Sdn Bhd, ia juga terpaksa mengambil alih pinjaman
syarikat bernilai RM800 juta yang diambil daripada PERKESO. Hutang ini akan
matang pada tahun 2020.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Apabila MoF mengambil alih Bandar Malaysia Sdn Bhd,
kementerian terpaksa bertanggungjawab ke atas pinjaman sukuk bernilai RM2.4
bilion,” katanya dalam kenyataan itu.
Sebelum ini bekas Perdana Menteri yang juga bekas Menteri
Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, pengambil alihan itu bukannya
‘bailout’, sebaliknya ia merupakan proses seperti mana yang dicadangkan oleh
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Tegas bekas Presiden UMNO itu lagi, kesemua aset strategik
dan berharga 1MDB telah dipindahmilik ke syarikat lain di bawah MoF Inc, tetapi
hutang dan liabiliti 1MDB kekal di bawah syarikat itu.
Namun Lim berkata, kenyataan Datuk Seri Najib adalah salah
kerana beberapa siri pampasan sudah telah dibayar kepada 1MDB, termasuk RM6.98
bilion yang didakwa langsung tidak ada kena mengena dengan mana-mana projek
hartanah di TRX dan Bandar Malaysia.
Antara pembayaran yang disenaraikan Lim Guan Eng ialah:
Pembayaran faedah kupon bon 30-tahun bernilai RM5 bilion
yang diterbitkan pada 2009, dan dilaburkan kepada PetroSaudi International Ltd.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pembayaran faedah kupon bon 10-tahun sejumlah USD3.5 bilion
(RM13.9 bilion) yang diterbitkan pada 2012 untuk membeli loji-loji penjana
kuasa, yang mana ia telah dijual dan hasil jualan telah digunakan sepenuhnya,
tetapi bon itu didakwa masih lagi terhutang dalam syarikat.
Pembayaran faedah kupon bon 10-tahun sejumlah USD3 bilion
(RM11.94 bilion) untuk membiayai pembangunan TRX, namun Ketua Audit Negara
melaporkan hasil terbitan bon itu langsung tidak digunakan untuk pembangunan
TRX.
“Maka, mengapa sebarang pulangan daripada projek-projek
hartanah yang asalnya dibeli pada harga yang sangat rendah – patut digunakan
untuk menutup dan membayar balik segala pinjaman-pinjaman tidak berkaitan di
atas?” soal Lim lagi.
Dalam pada itu, Menteri Kewangan berkata adalah lebih baik
agar perbahasan mengenai ia merupakan ‘bailout’ atau tidak, dihentikan segera,
sebaliknya menggesa Datuk Seri Najib untuk menjelaskan mengenai pembayaran
seperti yang digariskan di atas.
Lim berkata, MoF juga akan terus bekerja sama dengan
Jawatankuasa Khas 1MDB yang ditubuhkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
untuk mengembalikan sebanyak mungkin dana yang hilang dan dicuri, serta
menghukum semua pihak terlibat dalam skandal korupsi terbesar Malaysia.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel