Connect with us

Berita Lain

433,000 Peminjam PTPTN Dikeluarkan Daripada Senarai Hitam Imigresen


PUTRAJAYA: Kira-kira 433,000 peminjam Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang dikeluarkan daripada senarai hitam
Jabatan Imigresen secara berperingkat-peringkat sejak 24 Mei lepas dan dijangka
selesai 15 Jun ini.
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata lebih satu juta
peminjam telah disenarai hitam sejak tahun 2000 namun 655,000 orang yang telah
membuat bayaran dikeluarkan daripada senarai tersebut melalui kaedah biasa
sebelum ini.
“Saya jangka semua urusan yang berkaitan akan dapat
diselesaikan sebelum pertengahan Jun. Maka dengan itu saya percaya bahawa janji
yang pertama berkaitan kementerian saya akan dapat kita kotakan,” katanya
pada majlis penyerahan surat tawaran rasmi kemasukan ke institusi pendidikan tinggi
awam (IPTA) kepada calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017, di sini
hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 telah berjanji
untuk memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam PTPTN dan menangguhkan
pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang bergaji kurang
daripada RM4,000 sebulan.
Mengenai janji penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN
kepada peminjam yang bergaji kurang daripada RM4,000 sebulan, Maszlee berkata
pihak kementerian memerlukan sedikit masa lagi untuk mencari jalan terbaik
termasuk mekanisme pelaksanaan bagi menunaikan janji itu.
“Saya akan membuat pengumuman sewajarnya apabila tiba
masanya nanti, sebelum berakhir tempoh 100 hari pertama (Pakatan Harapan
menerajui Kerajaan Persekutuan),” katanya.
Maszlee berkata kementerian telah menubuhkan sebuah kumpulan
untuk mengkaji dengan teliti cara terbaik bagi melaksanakan janji tersebut
dalam tempoh 100 hari dengan tidak menggadaikan kepentingan rakyat lain yang
turut diberi keutamaan oleh kerajaan.
“Jadi kita harap peminjam PTPTN dapat terus membayar
hutang mereka dan dapat bersabar. Berikan kami waktu untuk membuat kajian dan
perincian,” katanya.
Ditanya mengenai status peminjam PTPTN yang tersenarai di
bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS), beliau berkata nama
peminjam akan masuk ke dalam senarai CCRIS secara automatik dalam tempoh 13
bulan selepas mereka tamat pengajian.
Bagaimanapun, Maszlee berkata kementerian akan mengkaji isu
itu dan membuat penyelarasan dengan CCRIS.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PTPTN Wan
Ahmad Wan Yusoff yang turut serta dalam sidang media itu berkata peminjam yang
tersenarai di bawah CCRIS boleh hadir ke kaunter PTPTN untuk menyusun semula
hutang mereka.
“Kalau tidak mampu bayar ansuran bulanan RM100, boleh
bincang untuk bayar RM50,” katanya.
Mengenai diskaun bayaran balik PTPTN yang diumumkan dalam
Bajet 2018 oleh kerajaan terdahulu, Wan Ahmad berkata ia masih dilaksanakan
bagi mereka yang masih berhasrat untuk membayar pinjaman masing-masing.
Diskaun PTPTN ialah 20 peratus untuk bayaran penuh, 10
peratus untuk bayaran 50 peratus sekali bayaran dan 10 peratus untuk bayaran
balik melalui potongan gaji atau debit terus.
Dalam perkembangan lain, Maszlee berkata kementerian telah
menubuhkan sebuah jawatankuasa induk pelaksanaan manifesto Pakatan Harapan (PH)
yang berkaitan dengan kementerian tersebut.
Katanya jawatankuasa itu dianggotai oleh Ketua Pengarah
Pelajaran, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan semua anggota pengurusan
tertinggi kementerian dengan bahagian dasar sektor pengajian asas dan pengajian
tinggi akan bertindak sebagai urusetia.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Saya sendiri akan mempengerusikan jawatankuasa ini dan
saya akan memanggil mesyuarat pertama pada minggu hadapan,” katanya.
Ditanya pengiktirafan kepada Peperiksaan Gabungan Sekolah
Menengah Cina (UEC) yang turut terkandung dalam manifesto PH, Maszlee berkata perkara
itu akan turut dibincangkan oleh jawatankuasa tersebut.
“Sebahagian daripada usaha kami, kami akan berjumpa
dengan pihak berkepentingan yang terlibat (termasuk pihak persatuan),”
katanya.
Mengenai Program PERMATA yang dipindahkan dari Jabatan Perdana
Menteri ke Kementerian Pendidikan seperti yang diumumkan Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad semalam, Maszlee berkata kementerian telah menubuhkan pasukan
petugas khas bagi membincangkan perkara itu.
— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel