Connect with us

Berita Lain

Kereta Mewah Najib Jadi Tumpuan Media


KUALA LUMPUR – Lebih 20 pengamal media berkumpul di
perkarangan Pavilion Residences, Jalan Raja Chulan di sini, susulan penularan
rakaman video yang mendakwa beberapa kereta mewah milik bekas Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak disorok di parkir kondomonium mewah itu.
Tinjauan mendapati wartawan dan jurukamera memenuhi kawasan
hadapan bangunan kondominium mewah itu berikutan mereka tidak dibenarkan
memasuki kawasan parkir berkenaan walaupun hujan lebat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Kenderaan jenis Mercedes dan Toyota Vellfire, yang antaranya
dipercayai membawa Najib dilihat memasuki kawasan parkir bangunan itu pada jam
6.45 petang tadi.
Kenderaan Mercedes tersebut kemudian dilihat keluar pada
kira-kira 8.30 malam, manakala Toyota Vellfire itu pula turut keluar
meninggalkan kawasan berkenaan pada 9.50 malam.
Satu rakaman video berdurasi 24 saat tular di media sosial,
mendakwa beberapa kereta mewah di parkir di kawasan letak kereta aras bawah
kondominium itu milik keluarga Najib dan disorok oleh rakannya yang memiliki
unit di kondominium tersebut.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Bagaimanapun tiada pasukan polis yang kelihatan membuat
pemeriksaan mahupun serbuan di 
kondominium mewah itu malam ini.
Menurut sumber, pasukan polis daripada Jabatan Siasatan
Jenayah Komersial Bukit Aman tidak membuat sebarang serbuan di kondominium itu.
Usaha Bernama untuk mendapatkan pengesahan daripada pihak
polis gagal apabila pihak berkaitan tidak dapat dihubungi. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel