Connect with us

Berita Lain

Kes Rogol Saya 1994 ‘Konspirasi’ Jatuhkan Mahathir – Rahim


Tan Sri Rahim Tamby Chik mendakwa ditekan dalam satu
konspirasi menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1994.
Sebagai ketua menteri Melaka waktu itu, beliau berdepan
tohmahan merogol gadis bawah umur yang menyebabkan beliau terpaksa melepaskan
jawatan.
Beliau menganggap cerita itu direncana “pelesit politik”
yang mahu mencantaskan masa depan politiknya apabila beliau makin berpengaruh, lapor Malay Mail.
Menulis di Facebook hari ini, bekas ketua Pemuda Umno itu
berkata tindakan itu “konspirasi politik paling kotor” dalam politik di negara
ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Tambahnya, usaha mencantasnya “akibat kecemburuan politik
dan usaha terancang untuk menyingkir perdana menteri lebih awal daripada
sepatutnya.”
Rahim bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Najib
Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menang dalam satu gabungan untuk pemilihan
Umno 1993.
Gabungan itu yang dikenali Team Wawasan turut disertai Tan
Sri Muhammad Muhammad Taib dan Datuk Seri Siti Zaharah Sulaiman.
Rahim menyenaraikan empat program Pemuda Umno yang
disifatkannya mengharumkan nama negara sehingga beliau dianggap kesayangan Dr
Mahathir.
“[…] bila ada kejayaan dan kehebatan berlaku pasti wujud
kecemburuan negatif dan destruktif yang cuba meranapkan kecapaian positif ini,”
katanya.
Susulan itu, beliau mendakwa ditohmah melakukan rasuah dan
skandal seks sehingga menjadi tumpuan media selama 52 hari bagi memalukan
dirinya.
Demi parti dan kerajaan, katanya lagi, beliau menyatakan
hasrat kepada Dr Mahathir untuk melepaskan semua jawatan sementara siasatan
dijalankan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Keganasan media menyerang saya walaupun saya tidak bersalah
adalah di luar sempadan kemanusiaan, dimotivasi oleh konspirasi ciptaan
pemimpin-pemimpin pelesit tadi,” katanya.
Walau memegang semula jawatan ketua Pemuda Umno, beliau
gagal memegang kembali ketua menteri Melaka selepas tohmahan dibersihkan.
“Saya menuruti kehendaknya [pemimpin itu] tanpa merujuk
kepada perdana menteri sendiri. Saya ditipu lagi,” katanya, tanpa menyebut
pemimpin itu.
Tidak jelas sebab bekas tokoh Umno itu membangkitkan isu tersebut
saat ini. Namun ia dipercayai merujuk ahli politik Pakatan Harapan yang masih
aktif.
Gadis Melaka tersebut kemudian dilaporkan menafikan tohmahan
tersebut dan Lim Guan Eng pula dipenjara atas tuduhan menyebar maklumat palsu
pada 1998.
Kertas cadangan pertuduhan rasuah terhadap Rahim pula
disebar meluas pada 1999 tetapi tindakan tidak dikenakan terhadapnya.
Sebaliknya Ezam Mohd Noor, ketua Pemuda PKR waktu itu,
dipenjara pada 2002 atas tuduhan menyebarkan dokumen rahsia Jabatan Peguam
Negara.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel