Connect with us

Berita Lain

Modi Tiba Di Malaysia Untuk Bertemu PM Mahathir


SEPANG — Perdana Menteri India, Narendra Modi tiba di
Malaysia hari ini untuk bertemu Perdana Menteri Malaysia yang baharu, Tun Dr
Mahathir Mohamad.
Pesawat khas, penerbangan AI OO1 dari Indonesia, membawa
Modi dan delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kira-kira 11 pagi.
Modi disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk
Ramlan Ibrahim. Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia Mridul Kumar.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Modi, yang dalam perjalanan ke Singapura, singgah sebentar
di Malaysia untuk mengucapkan tahniah kepada Dr Mahathir berikutan kejayaan
Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas.
Modi dijadualkan bertemu Dr Mahathir di Putrajaya.
Ini merupakan lawatan kedua Modi ke Malaysia, yang pertama
ialah pada 23 Nov 2015.
Pada Selasa, Modi tiba di ibu negara Indonesia sempena
lawatan tiga negara ke Asia Timur, untuk terus meningkatkan Akta Dasar Timur
India.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Menurut Kementerian Luar Negeri India, Modi mengadakan
lawatan rasmi ke Indonesia (dari 29 hingga 31 Mei) dan Singapura (31 Mei hingga
2 Jun) bagi memenuhi undangan Presiden Indonesia Joko Widodo dan Perdana
Menteri Singapura Lee Hsien Loong.
— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel