Connect with us

Berita Lain

Kanak-kanak maut dihempap istana belon

SEDUTAN video menunjukkan orang ramai berusaha mengangkat pelampung berkenaan untuk menyelamatkan kanak-kanak yang terperangkap di bawahnya. – Agensi


Beijing: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala beberapa lagi cedera ketika bermain istana belon yang terbalik akibat ditiup angin kuat dalam kejadian di tenggara China, Selasa lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Kejadian yang berlaku di bandar Fengwei, Quangzhou, wilayah Fujian itu turut mengakibatkan sekurang-kurangnya lima orang dewasa cedera.


South China Morning Post melaporkan, pelampung istana itu didirikan di sebuah dataran orang ramai di bandar terbabit.


Polis Quangang berkata, pelampung istana itu dikatakan adalah sebahagian aktiviti yang disediakan di satu pesta dianjurkan di situ.


Insiden malang itu berlaku ketika pelampung terbabit yang dipenuhi dengan kanak-kanak secara tiba-tiba terbalik dan diterbangkan angin kuat menyebabkan mereka terjatuh dan terperangkap di bawahnya.


Orang ramai yang cemas berusaha untuk membantu menyelamatkan kanak-kanak yang ditimpa pelampung berkenaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Satu rakaman yang tersebar di media sosial menunjukkan tiupan angin terlalu kuat turut menyebabkan kerusi dan meja tercampak termasuk beberapa skuter yang diletakkan berhampiran kawasan.


Daily Mail melaporkan, mangsa yang jatuh dari pelampung itu dikejarkan ke Hospital Quangang, namun disahkan meninggal dunia selepas itu.


Difahamkan, pegawai kerajaan di bandar itu dan ketua kampung turut berada di tempat kejadian untuk melakukan usaha menyelamat.


Sehingga kini, polis belum mendedahkan penganjur pesta berkenaan, namun siasatan sedang dilakukan.
– Agensi


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel