Connect with us

Berita Lain

Nurul Izzah Nafi Akan Letak Jawatan, Beri Laluan Anwar Bertanding Di Permatang Pauh


KUALA LUMPUR – Nurul Izzah Anwar menafikan laporan sebuah
portal kononnya beliau akan meletak jawatan Anggota Parlimen Permatang Pauh
untuk membolehkan pilihan raya kecil diadakan bagi memberi laluan kepada
bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bertanding di kawasan itu.
Nurul Izzah, yang merupakan Naib Presiden Parti Keadilan
Rakyat (PKR) berkata, laporan itu adalah berita palsu dan ia tidak sedikit pun
menggangu tugasnya sebagai wakil rakyat sejak dipilih pada Pilihan Raya Umum
ke-14 (PRU14), 9 Mei lepas.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Satu berita palsu yang sangat jelas dan nyata. Jangan
dilayan berita palsu ini. Jika ayah saya kembali ke dunia politik, beliau pasti
akan menganjurkan sidang akhbarnya sendiri untuk umumkan perkara tersebut.
“Saya ada tugas untuk rakyat Permatang Pauh. Hari ini
saya berbincang mengenai program banteras gejala dadah. Esok sampai Ahad saya
akan ke sana untuk program pasca banjir dan urusan berkaitan rumah pam,”
katanya ketika ditemui Bernama sewaktu menjadi tetamu program ‘The Nation’
terbitan Bernama News Channel (BNC) hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sebuah portal hari ini, kononnya memetik sumber dalaman PKR,
mendakwa Nurul Izzah akan mengundur diri bagi membolehkan Anwar bertanding
dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh dan pilihan raya kecil diadakan selepas
Aidilfitri. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel