Connect with us

Berita Lain

PDRM Keluar Waran Tangkap Ke Atas Jamal


Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan waran tangkap
terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, kerana
gagal tampil dan memberikan kerjasama berhubung siasatan dilakukan ke atas
beliau.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata,
pihaknya sudah memberikan masa yang cukup kepada Jamal untuk tampil menyerah
diri bagi memberikan kerjasama dalam membantu siasatan dilakukan.
“Bagaimanapun, beliau tetap gagal berbuat demikian,
sebaliknya mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan bahawa keselamatan dirinya
terancam, lapor BH Online.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Justeru, pihak polis mendapatkan waran tangkap
terhadap beliau mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan atas kesalahan melarikan
diri daripada tahanan sah.
“Waran tangkap sudah dikeluarkan hari ini oleh Mahkamah
Majistret Ampang, Selangor,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut
mengenai Jamal diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu
siasatan.
Sehingga kini, pihak polis sudah menuduh tiga kes terhadap
Pengerusi Gerakan Baju Merah itu ketika di Hospital Ampang Putri, Ampang, 25
Mei lalu, selain masih mempunyai baki enam kes yang belum dituduh.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Jamal dituduh di hospital berkenaan atas kesalahan
mempamerkan senjata api serta dua kesalahan lain sebelum menghilangkan diri
selepas diberikan ikat jamin, namun tidak sempat untuk menyelesaikan proses
berkenaan.
Sebelum ini, Jamal yang berjanji untuk tampil memberikan
kerjasama kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang semalam
gagal berbuat demikian walaupun pihak media sudah menunggu sejak jam 2 petang.
Malah, beliau mendakwa pihak berkuasa ketika ini membuat
rancangan dengan menekan PDRM untuk menganiaya dirinya menerusi kenyataan dan
video selama tujuh minit 37 saat yang memaparkan Jamal berlatar belakangkan
kebun kelapa sawit sambil menerangkan mengenai beberapa tindakannya sebelum
ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel