Connect with us

Berita Lain

PM: 17,000 Lantikan Politik Juga Diberi Habuan Aidilfitri

Foto: Berita Harian



Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan 17,000 penjawat awam berstatus kontrak yang juga adalah pelantikan politik yang ditamatkan perkhidmatan sebelum ini akan menerima habuan sempena Aidilfitri ini.


“Mereka akan dapat habuan mereka untuk hari raya, kita bukan nak aniaya mereka,” kata Dr Mahathir selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Petaling Jaya, hari ini.


Memetik portal Malaysiakini Dr Mahathir berkata, lantikan jawatan untuk kumpulan itu sebenarnya tidak diperlukan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Jawatan itu tiada kerja, sebaliknya berkhidmat untuk parti, malah ada penjawat kerajaan yang mencemarkan diri mereka dengan mengambil bahagian dalam kempen politik.


“Kita ada (bukti) video untuk kegiatan mereka,” katanya.


Dr Mahathir pada 17 Mei lalu mengumumkan kerajaan akan mengambil langkah untuk mengurangkan pembaziran wang termasuk menamatkan perkhidmatan kira-kira 17,000 penjawat awam berstatus kontrak.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan penamatan kontrak 17,000
kakitangan lantikan politik kerajaan terdahulu dalam usaha menurunkan
perbelanjaan kerajaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Namun, kedudukan kakitangan sokongan kepada pegawai lantikan
politik dan bergaji rendah seperti pemandu akan dikaji semula.



Pada 30 Mei lalu, Dr Mahathir mengumumkan pemberian bayaran khas RM400 untuk penjawat awam bagi gred 41 dan ke bawah manakala RM200 untuk pesara kerajaan.


Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2018, di Dewan Rakyat mengumumkan bayaran khas RM500 ringgit akan diberikan menjelang Hari Raya Aidil Fitri. – Malaysian Update

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel