Connect with us

Berita Lain

Tony Pua Persoal Notis Kehakiman Bahawa Najib Tidak Bersalah Dalam Isu 1MDB

Foto: FMT

Anggota Parlimen Damansara Tony Pua akan mempersoalkan mengenai
notis kehakiman Mahkamah Rayuan yang menyatakan bahawa bekas Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak tidak melakukan kesalahan membabitkan isu 1Malaysia
Development Berhad (1MDB).
Peguam Tan Ch’eng Leong yang mewakili Pua berkata notis
kehakiman itu akan dibangkitkan melalui permohonan kebenaran untuk merayu di
Mahkamah Persekutuan terhadap injunksi sementara diperoleh Najib di dalam kes
samannya terhadap Pua berhubung klip video membabitkan pembentangan Rang
Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU355.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Notis kehakiman itu dipersoalkan kerana ia membabitkan
kepentingan awam dan boleh menjejaskan kes saman yang lain. Rayuan anak guam
saya akan didengar pada 20 Jun di Mahkamah Persekutuan,” katanya kepada
pemberita selepas pengurusan kes saman Najib terhadap Pua di dalam kamar Hakim
Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab hari ini.
Mohd Zaki juga menetapkan 28 Jun untuk pengurusan kes
selanjutnya saman itu di dalam prosiding yang turut dihadiri peguam Nor Hazira
Abu Haiyan, mewakili Najib.
Pada 14 Feb lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Pua untuk
membatalkan injunksi sementara diperoleh Najib yang melarangnya (Pua) daripada
terus menerbitkan kenyataan dan klip video fitnah terhadap bekas perdana
menteri itu, mengambil kira notis kehakiman berhubung kedudukan Najib dalam kes
1MDB.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan itu berkata mahkamah
berpendapat dan mengambil kira notis kehakiman bahawa secara faktanya Najib
tidak melakukan apa-apa kesalahan dalam isu membabitkan 1MDB dan mengambil
maklum bahawa keseluruhan isu berkenaan telah diteliti dan disiasat oleh
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Menurut panel itu, siasatan turut dilakukan oleh SPRM, Polis
Diraja Malaysia, Bank Negara dan Jabatan Peguam Negara (AGC), yang keputusannya
diumumkan kepada orang ramai oleh AGC bahawa Najib tidak melakukan sebarang
kesalahan berhubung dakwaan berkaitan 1MDB.
Pada 4 Ogos 2017, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan
Najib untuk mendapat perintah injunksi sementara bagi menghalang Pua daripada
terus menerbitkan kenyataan dan klip video yang didakwa memfitnahnya (Najib).
Pada 21 April 2017, Najib atas kapasiti peribadinya menyaman
Pua atas dakwaan memfitnah berhubung kenyataan Pua dalam “live video” berkaitan
pembentangan Rang Undang Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)
1965 atau RUU355.
Dalam pernyataan tuntutan, Najib mendakwa Pua telah membuat
satu kenyataan di ruang legar Bangunan Parlimen pada 6 April 2017, yang telah
dirakam dan dimuat naik oleh defendan dan/atau ejen-ejennya dalam Facebook
rasminya ‘Tony Pua’ serta mendakwa klip video berdurasi dua minit dan 21 saat
itu bertajuk “BN Govt abandons all Bills to give precedence to PAS RUU355
Private Member’s Bill”, boleh diakses dan ditonton secara meluas dan mudah di
internet.

Dakwanya, kenyataan dalam ‘live video’ itu mengandungi
perkataan yang merujuk secara spesifik kepadanya dan membawa maksud bahawa
beliau telah menyalahgunakan kuasa dengan memberi arahan melalui Kabinet kepada
Yang Dipertua Dewan Rakyat agar memberi laluan kepada anggota Parlimen Marang
untuk mengusulkan Rang Undang-Undang Persendirian dan mengetepikan Rang
Undang-Undang yang lain.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel