Connect with us

Berita Lain

Zeti Terima Anugerah William ‘Bill’ Seidman

Foto: The Star

KUALA LUMPUR – Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan
Sri Zeti Akhtar Aziz diberikan pengiktirafan menerusi Anugerah William
“Bill” Seidman bagi Pencapaian Sepanjang Hayat Kepimpinan dalam
Industri Perkhidmatan Kewangan 2018 sempena Sidang Kemuncak Masa Depan Kewangan
2018 anjuran The Asian Banker.
The Asian Banker, yang berpangkalan di Singapura dan
menjalankan aktiviti memfokuskan penerbitan, forum dan perkhidmatan
penyelidikan merupakan penyedia paling berwibawa di rantau ini bagi kepintaran
perniagaaan strategik kepada komuniti perkhidmatan kewangan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Dalam kenyataan hari ini, The Asian Banker berkata, anugerah
diberikan pada majlis yang berlangsung di Aman Summer Palace di Beijing, China
itu adalah untuk mengiktiraf pencapaian dan sumbangan sepanjang hayat Zeti
dalam membentuk BNM menjadi pihak berkuasa pengawalseliaan yang bebas dan
dihormati serta pembangunan industri perkhidmatan kewangan di Malaysia.
“Beliau merupakan antara pengawal selia bank yang
paling dihormati dari Asia dan beliau ialah wanita pertama berkhidmat sebagai
gabenor bank pusat di Malaysia selain individu kedua paling lama berkhidmat,
iaitu selama 16 tahun sejak 2000 sehingga persaraannya pada 2016,” menurut
The Asian Banker. – Bernama


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel