Connect with us

Berita Lain

Kerajaan Akan Utamakan Pekerja Tempatan – Muhyiddin


PUTRAJAYA: Kerajaan akan memberi keutamaan kepada keperluan
pekerja tempatan dalam beberapa sektor yang selama ini dipenuhi pekerja dari
luar negara.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia
sekali gus memenuhi manifesto Pakatan Harapan (PH) yang dinyatakan kepada
rakyat sebelum ini.
Jelasnya, kerajaan juga akan mengkaji kemasukan pekerja
asing dalam sektor tertentu, lapor Astro Awani.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita akan lihat dengan teliti keperluan sekarang. Pada
dasarnya, keutamaan harus diberi kepada pekerja tempatan.
“Tetapi sejak lama kita tidak beri keutamaan. Pendapat
beberapa pihak, ambil pekerja asing lebih mudah dan murah.
“Pekerja tempatan memerlukan gaji lebih tinggi, tempat
tinggal lebih baik dan sebagainya. Aspek-aspek ini ada kaitan tentang kenapa
dan mengapa kita perlu meneliti masalah ini sekarang,” katanya semasa
sidang media selepas lawatan kerja ke Jabatan Imigresen di sini, hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dalam pada itu, Muhyiddin memberitahu, sebuah jawatankuasa
khas akan diwujudkan bagi mengkaji pengurusan pekerja asing serta masalah
lambakannya di negara ini.
Katanya, jawatankuasa yang bertanggungjawab menilai semua
prosedur operasi standard (SOP) dan undang-undang sedia ada itu, akan turut mengkaji
masalah pendatang asing tanpa izin (PATI).
Sebelum ini, Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran
berkata, kebergantungan kepada pekerja warga asing perlu dikurangkan secara
berperingkat dan digantikan dengan penggunaan automasi dan teknologi.
Jelasnya, automasi dan penggunaan teknologi yang lebih
canggih akan mewujudkan permintaan tersendiri bagi pekerja berkemahiran lebih
tinggi, yang kebiasaannya datang dengan gaji lebih baik dan boleh diisi oleh
pekerja tempatan.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel